Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Saint Catherine, Mesir: menuruni Gunung Sinai

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI, SINI&SINI.

why anies share entry ni? sebab masa kami mendaki, kami tak dapat nak snap foto-foto scenery sekeliling gunung. keadaan gelap yakmat! kalau guna flash pun tak nampak apa-apa.

anies dan cousin start turun dari puncak jam 8.30am. perjalanan turun sangat lancar sebab dah tak ada orang lain kecuali kami, ustaz dan juga juru pandu.

suasana pun tenang je. sambil turun kami layan scenery yang terbentang depan mata.
perjalanan turun ambil masa 2 jam. ya, sekejap je berbanding ketika mendaki. 

pun begitu entah berapa kali anies terpaksa berhenti sebab kaki sakit akibat menahan dari daripada tergelincir akibat keadaan muka bumi yang menurun / berpasir halus + batu-batuan kecil (yang boleh menyebabkan terjatuh kalau tersilap langkah).

dan... sebahagian daripada foto-foto yang sempat anies snap untuk tatapan korang...

laluan berbatu ni memang kena extra berhati-hati. selain licin ada juga batu tajam yang boleh menyebabkan luka tanpa disedari... suka tengok scenery kat belakang tu... sekali tengok macam kat Grand Canyon, kan?

nampak tak lelaki berserban merah tu? tu laa juru pandu kami. menggeleng je dia tengok kami. rasanya ni first time kot dia bawa orang mendaki lebih daripada 7 jam.😂😂😂 tapi bila turun, tahu-tahu je dia dah sampai dulu. dia ada jalan short cut sebenarnya. tapi tak diberitahu kepada pendaki sebab laluannya agak ekstrem.

kadang-kadang rasa terganggu juga laa bila mana, kaki nak melangkah berhati-hati sebab takut terjatuh tapi mata ralit nak tengok scenery...😂😂😂

sesekali toleh juga ke belakang. nak tengok betapa tinggi kita dah mendaki. masa ni ustaz dengan cousin tengah sibuk nak bergambar...

bila tengok balik foto ni rasa macam tak percaya je boleh sampai ke atas bila perhatikan laluan berbatu ni...

di lereng gunung... ya matahari dah memancar terik masa ni tapi udara sekeliling masih sejuk sebab kami masih berada di paras 1000m++

berehat kejap sambil nikmati waktu pagi @ Gunung Sinai / tak jauh dari check point ketiga. kaki dah start sakit masa ni...

laluan kat lereng gunung ni didirikan tembok untuk tujuan keselamatan... BTW cantiknyaaaa scenery kat hujung tu...

laluan kat lereng gunung. nampak je luas sebab tak berselisih dengan unta dan keldai. masa ni dah tak ada unta / keldai lagi dah... depa dah dok rehat kat bawah gunung sana tu... sebabnya tak ada siapa pun nak mendaki pada waktu tengah terik macam ni...

bila dah jauh berjalan, sesekali nak juga toleh belakang... ya Allah... masa ni barulah terasa tinggi betul gunung ni...

ni laluan antara gunung... cantik, kan?

laluan semakin landai. pun begitu, adakala kami berhenti juga sebab penat...



kat sinilah penanda permulaan pendakian. sebelum mendaki kami tak jumpa pun tanda ni. mungkin ada tapi kami tak nampak sebab gelap. ada bergambar kat sini tapi muka ya rabbi... teruk yakmat! sakit kaki + penat tahap maksimum. korang bayangkan sendirilah😂


Alhamdulillah... selesai sudah misi jalan-jalan kami ke Mesir. ya, selain misi meraikan Will yang baru habis belajar tu, menawan puncak Sinai juga termasuk dalam misi kami kali ni. 

insya Allah, our aim for the next visit is.... ehh mana boleh beritahu! tapi kalau korang betul-betul nak ikut anies ke Mesir akhir tahun depan, bolehlah PM anies ya! 

dah boleh start menabung atau bayar secara ansuran. tapi... anies cari yang betul-betul serius nak pergi. ya, yang betul-betul serius nak join.

ni bukan pilih bulu, ya! sebabnya, nak handle manusia (bawa trip) bukan setakat pegang kepercayaan (mulut ke mulut) je tau! wang ringgit, keselamatan, komitmen etc semua tu kena ambil kira

anies& the team tak nak menjanjikan trip 'bagaikan di syurga'. sebabnya apa yang penting bagi kami, trip ni berbaloi dengan $$$ yang korang keluarkan (hehe dan lagi membebel kat sini) . so, PM anies ya kalau korang nak join!👇👇

that's all for today. thanks for reading.
daaa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles