✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dalam entry INIanies ada share tentang buah tangan pemberian blogger Fanny masa dia datang sini awal bulan hari tu.
salah satu buah tangan yang Fanny beri adalah bika ambon. sejenis kuih tradisi popular di negara jiran.
seingat anies pertama kali makan bika ambon ni masa kami ke Bandung dulu. kami singgah di kedai pastry terkenal - Kartika Sari (boleh baca kat SINI). anies tak beli bika ambon masa tu. member yang beli and bagi rasa. sedap!
pada anies keenakan bika ambon tu tak sama macam kuih-muih yang lain. meski bika ambon ni tak ubah macam kek sarang semut / gula hangus tapi teksture bika ambon lebih kenyal. signature bika ambon - bila potong akan terserlah 'sarangnya' atau lubang-lubang kecil. ni menurut pandangan anies je ya!
kalau korang nak resepi bika ambon mungkin boleh Google je dan buat sendiri. kalau nak cari kat kedai pastry/dessert kat Malaysia ni... bukan tak ada. ada. cuma kena pandai mencarilah... baru dapat. kalau susah sangat kirim je kat personal shopper Bandung. confirm dapat punyalah!
bika ambon pemberian Fanny ni adalah original flavor. baunya sangat harum dan bila makan akan tercium sikit bau rempah. taklah kuah sangat bau rempah tu. kalau korang pernah makan kuih bakar Betawi, then you'll know what i mean.
overall bika ambon medan ni memang terbaik. Fanny pesan suruh simpan dalam peti ais. nak makan baru panaskan dalam microwave. bika ambon ni sedap dimakan panas-panas.
tapi... anies tak sempat nak simpan pun dalam peti ais. masuk hari ketiga dah habis! silalah percaya! ramai betul penggemar kuih ni.
kalau ada rezeki ke Jakarta nanti anies nak order laa bika ambon medan ni lagi. nak try flavor yang lain seperti pandan dan cheese. so, Fanny... get ready!😂
2 kotak bila ambon medan pemberian Fanny. terima kasih Fanny... lepas dah rindu nak makan bika ambon😂 kalau tak silap berat sekotak kuih ni adalah 1 kg.
sebaik sahaja kotak dibuka, semerbak bau bika ambon! tetiba rasa tazabarrr nak ngap!
keratan rentas bika ambon sebaik dipotong. teksture kuih ni sangat lembut. kalau makan panas-panas lagi lembut. paling best, bila telan kita tak terasa seperti tercekik. kan bila kita makan sesuatu kuih, kita akan rasa macam nak tercekik, kan? tapi bika ambon ni tak rasa macam tu. smooth je bila telan. yang nampak berkilat tu mungkin disebabkan butter. overall anies bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk bika ambon medan ni👍👍👍
okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. sekali lagi terima kasih Fanny! and thanks to you for reading. daaa...