Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1681

Magis Manis Coklat ~chocolate scone - akademi sumpahan ais~

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

Ai dan Saki berkawan baik sejak dari sekolah rendah. namun, warna persahabatan mereka mulai pudar bila Saki menjauhkan diri daripada Ai.

Ai perasan akan perubahan tu tapi dia masih bersangka baik. mungkin Saki ada masalah yang ingin diselesaikan tanpa bantuan Ai.

dalam pada tu, pelajar di Akademi Seihyou dah mula terpengaruh dengan gelang viral yang dikenali sebagai gelang boleh tunaikan segala hajat.

baik pelajar lelaki mahupun perempuan, mereka yang pakai gelang tersebut 'mula' mendapat tuah seperti menang tiket loteri, dapat pergi melancong, menang tiket konsert idola dan macam-macam lagi.

sungguhpun dah viral, Ai masih belum terpengaruh dengan gelang tu sampailah suatu hari Saki terserempak dengannya.

"diorang cakap gelang tu boleh tunaikan hajat. kau tak pakai ke?" soal Ai.

"hajat aku supaya hubungan kita ni putus!!!" jawab Saki.

apa yang terjadi sebenarnya? adakah semua ni disebabkan gelang viral itu? dan siapa sebenarnya yang datang berjumpa Aikawa Shokora - si pembuat coklat boleh tunaikan hajat tu?




review:

kali ni kita layan light novel pula. sesiapa yang ikuti manga Magis Manis Coklat, anies confirm korang mesti dah baca novel ni kan? 

tak macam 2 novel terdahulu yang mana ia dihasilkan menerusi gandingan Riku Hozumi dan Rino Muziho. kali ni teks novel mendapat sentuhan Sayoko Fujiwara - penulis skrip terkenal.

dalam karya ni, watak Moriyama Ai diketengahkan - seorang pelajar di Akademi Seihyou yang baru berusia 13 tahun.

Ai merupakan wakil kelas Tahun 1 - suatu jawatan yang sebenarnya kurang digemari kerana kena buat banyak kerja rencam yang diarahkan cikgu.

walaupun ni hanya sebuah light novel tapi bahasa yang digunakan agak 'padat' dan ada kala anies terpaksa mengulangi pembacaan untuk memahami maksud yang ingin disampaikan. novel yang diterjemahkan macam  ni memang begitu 'sifat'nya. kalau korang selalu baca novel atau apa-apa buku terjemahan daripada bahasa asing, tentu korang faham maksud anies ni.

overall, novel ni sangat sesuai dibaca ketika bersantai. tak sampai 3 jam dah boleh khatam😂

judul: Magis Manis Coklat ~chocolate scone - akademi sumpahan ais~
no. ISBN: 978-967-2718-12-3
penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
tahun terbitan: 2021
harga: RM18.00 (SM), RM21.00 (S/S)

selamat membaca!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1681

Trending Articles