Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Ini ke pelakon-pelakon K-Drama yang 'kayu'?

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum jadi 'kontroversi', anies nak beritahu yang penulisan ni hanyalah sekadar pandangan sahaja. ia ditulis pelayar FB bernama Nur Syazwani sebagai respon kepada pertanyaan admin portal info & hiburan di FB:

"Min saja lah nak tanya kan... ada tak pelakon K-Drama yang korang rasa 'kayu' dan still kena improve lagi"

panjang lebar komen yang ditaip Nur Syazwani ni dan anies suka dengan jawapan yang diberi. tapi... korang jangan salah anggap pula. anies suka komen ni bukan sebab anti dengan pelakon-pelakon Korea ni. NO!

anies suka sebab separa daripada komen ni adalah betul dan tepat from my own point of view after watching hundreds of K-dramas  since 2000😁

satu lagi yang buat anies'percaya' dan setuju dengan Nur Syazwani ni adalah disebabkan dia pemegang ijazah jurusan seni persembahan. jadi no wonder laa dia boleh 'nampak' sama ada pelakon tersebut bagus atau 'kayu' lakonannya.

BTW, kayu yang dimaksudkan kat sini adalah (persembahan) lakonan kaku, tak ada ekspresi serta tiada penghayatan watak.

oh ya! komen Nur Syazwani ni tak ada sebarang edit ya. kalau ada pun anies just betulkan short form je. so, korang bacalah komen ni. sama ada korang tak setuju atau tak, nanti korang balas je kat komen bawah tu ya!

>>::<<

Antara pelakon yang aku rasa wood sewood-woodnya dalam kdrama : 

1. Hwang Jung Eum
- exaggerated acting 
- always shouting her lines
- selalu bawa the same character 🙄🙄
- very conscious of the camera, wanted to look nice/beautiful all the time (tambah lepas operesen ni ekspresi dia langsung tak nampak natural)
- Nyampah gila pembawakan watak dia dalam drama kill me heal me tu, tapi gagahkan tengok juga sebab ji sung sangat awesome dalam drama tu 🥰🥰

2. Bae Suzy
- untung sebab selalu diambil oleh produksi besar dan dipartnerkan dengan pelakon lelaki yang bagus-bagus (lee seung gi, kim seon ho, lee jong suk, gong yoo) 😒😒
- lakonan still kayu tapi da ada banyak perubahan 
- dikritik tidak pandai menonjolkan emosinya sehingga penonton sukar untuk menjiwai drama yang diterajuinya. 

3. Lee Yeon Hee
- ekspressi muka masih lagi keras kejung 
- paling frust, bila dia yang berlakon kayu, partner lakonan dia plak kena kritik sekali (macam dalam drama hwajung, reunited world dan the game)😡😡😡

4. Jin Se Yeon
- kesian juga kat jin se yeon ni sebab dia antara pelakon yang sentiasa dapat kritikan penonton drama kat korea. 
- Tak pernahnya orang puji lakonan dia. Dan orang sana pun hairan pasai apa la dia selalu dapat watak berat-berat dan tak sepadan dengan kemampuan lakonan dia yang tak meyakinkan langsung. Contohnya macam dalam drama Bridal Mask, Five Fingers, Dr. Stranger, The Flower in Prison. 😩😩😩
- Mulut dia susah sungguh nak dibuka

5. Gu Hye Sun
- Rasanya Gu Hye sun sepertinya dah bawa watak Geum Jan Di dalam drama Boys Over Flower sejak dari tahun 2009 sampailah sekarang. 🤮🤮🤮
- Tiada perbezaan langsung di antara watak yang di bawa olehnya walaupun dalam drama yang berlainan. 

6. Shin Se Kyung
- Walaupun dah bertahun berlakon, Shin Se Kyung tidak mampu menunjukkan riak muka yang berlainan bagi setiap emosi, bagaikan otot mukanya keras kejung 🤢🤢🤢
- Drama seperti The Girl Who Can See Smell, Bride Of The Water God, Rookie Historian Goo Haeryung nyata membuktikan bahawa mutu lakonannya kekal sama sahaja meskipun tahun terus berganti.

7. Kim Min Jung
- minta maaf la…..mungkin akan ada yang kata pompuan ni pandai berlakon. Tapi bagi aku, lakonan dia sama ja. Cuma kena akui sikit yang lakonan dia dalam drama Mr Sunshine ada sedikit perubahan
- Kalau nak banding dengan drama-drama lain aku rasa muka dia sama ja. Sepesen ja walau ko buat ekspressi apa pun. Paling aku frust sekali ialah lakonan dia dalam drama Gap Dong. Drama tu da best da… and aku punyala minat dengan lakonan Lee Joon dalam tu tapi bilai mai tang babak dia ja bebetul spoiled the tempo !! Hampeh !! 🤬🤬🤬

8. Oh Yeon Seo
- ha ni sorang lagi... disebabkan pompuan ni la banyak drama yang aku tak sanggup tengok kerana lakonan dia yang very nagging and annoying. Contohnya macam My Sassy Girl, A Korean Odyssey, Come Back Mister, Medical Top Team (padahal aku suka giler kot dekat Joo Won, Lee Seung Gi, Rain dan Joo ji hoon) 😤😤😤
- Pompuan ni pun macam jin se yeon juga, selalu sangat dapat watak utama, padahal lakonan tu tak adalah semenggah mana sangat pun. Ramai yang complaint yang filem Cheese In The Trap tak berapa best sebab watak Hong Seol yang dia bawa tu tak menjadi dan best macam Kim Go Eun bawa dalam drama. 😩😩😩

9. Nam Joo Hyuk
- bermula sebagai seorang model dan banyak jugala drama yang dia da jadi hero utama (pasai apa pun tak tau lah) 🤔🤔🤔
- drama yang dia jadi watak utama dan diingati oleh penonton hanyalah Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (tu pun aku rasa sebab heroin dia bagus)
- Drama lain, jangan tanyalah memang kena jer maki ngan penonton, sampai orang sana bagi gelaran kat dia, The Worst Acting God (sebab lakonan dia yang teruk dalam drama Bride Of The Water God).

10. Sung Hoon
- Abang sayang memang hensem…..hensem sangat. Tak akan terkelip mata bila melihat kehenseman abang. Personaliti abang pun very charming and membuatkan banyak kakak-kakak tergoda. (Termasuk i 😍😍)
- Tapi masalahnya abang, abang berlakon kayu sangat… cedih i tau!! banyak juga da drama yang abang berlakon jadi hero utama, tapi semuanya sama ja kualiti lakonan tu.
- orang kat korea sana pun terpaksa admit yang depa cuba menonton drama lakonan abang kerana wajah abang yang kacak dan badan abang yang sasa.
- Kritikan yang sering diterima oleh abang ni ialah mukanya yang nampak seperti dipaksa untuk melakukan ekspresi tersebut terutama sekali apabila sedang marah ataupun ketika menangis.

kredit
11. Ahn Jae Hyun
- ramai pelakon yang asalnya model tidak menerima respons yang baik daripada penonton mengenai lakonan mereka. 
- sorang lagi model that turned to be an actor ialah si abang kulit putih pucat ni. Bukan saja exwife dia ja yang dikritik sebab lakonan yang hambar, tetapi dia sendiri pun menerima cacian ramai menerusi lakonan ‘kayunya’ dalam drama Blood dan Reunited World 😩😩

12. Kim Jae Joong and Yunho
- antara ahli DBSK member yang di casting untuk jadi actor  tapi rasanya kim jae joong n yunho elok jadi penyanyi jer lah ya. Tak yah memandai nak jadi pelakon la ek. Sebab kalau abang berlakon pun kayu juga…
- ramai penduduk di korea mengkritik lakonan depa yang disifatkan tiada aura dan lontaran dialognya yang sukar didengari (tapi kalau nyanyi suara diorang sedap)
- penonton di korea juga menyatakan yang jae joong terlalu menjaga penampilan di televisyen sehinggakan terlalu nampak yang mukanya sentiasa dimekup dan tidak nampak natural sebagai pelakon lelaki (babak nak mati pun foundation penuh kat muka lagi 😂😂😂) yunho plak ada masalah dari segi lontaran dialog)

13. Cha Eun Woo
- just visual but not talent. That'ss it. He just a wood (nampak sangat bencinya kat CEW ya😂😂😂)

Uee. kredit

Da som. kredit

eun jung. kredit

Yuri. kredit.

Seol hyun. kredit

Joy. kredit

Yoona. kredit

14. Yoona, yuri, seolhyun, dasom, Uee, joy, eunjung
- nyanyi jer la kak ek. Korang memang xleh berlakon

15. Lee Min Ho
- drama2 meletop2 tapi bagi aku watak yang dia bawa sama aja. Tangan kena seluk poket. Anak orang kaya. Kena pakai kot panjang. Rambut kena jaga. Cer bagi watak sememeh skit ka….. tengok boleh tak bawak.

16. Jo Bo Ah
- banyak drama yang aku skip sebab dia ni yang berlakon. Tale of nine tail tu aku gagahkan juga tengok sebab lee dong wook & kim bum. Part dia aku skip hahaha

17. Park Hae Jin
- lama da berlakon. Banyak genre juga dia bawa. Tapi aku tak boleh go dengan lakonan dia. Sebab rasa muka dia keras sangat nak tunjuk ekspressi. 

18. Jang Ki Young
- sorang lagi mamat bekas model yang sentiasa kontrol hensem time berlakon. Tak pernah lagi tengok dia bawa watak orang kebanyakan or golek2 dalam lumpur ka. Asyik bawa watak orang kaya ja


>>::<<

so apa pendapat korang? setuju ke idok?
komen tau!👇👇👇

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles