Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Magis Manis Coklat ~ginger macaron - ilusi mimpi~

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

Walaupun menjawat jawatan sebagai Ketua Pelajar di Sekolah Tinggi Minaminomori, disenangi ramai dan pintar, namun semua itu tidak mampu memberikan kegembiraan secara total kepada Mitsuki. dia sudah bosan sebenarnya. bosan kerana perlu jadi baik depan orang, bosan kerana buat perkara sama setiap hari dan bosan dengan segala pujian yang diberi kepadanya. jadi dia ambil keputusan untuk hentikan semua ini dan berubah menjadi orang baru. tapi dari mana Mitsuki nak mulakan?

sementara tu, siapa yang tak teruja bila menjadi salah seorang anggota Snow Kiss - sebuah kumpulan idol digilai ramai? malangnya perasaan itu tidak dirasai Yuki. ini kerana pada awalnya dia mahu menjadi pelakon. akan tetapi agensi pengurusannya mahu dia jadi penyanyi. bila dah ada nama nanti, mudah untuk Yuki bertukar profesion kepada pelakon. itu kata pengurusnya. kehidupan sebagai idol membuatkan dia penat.

ketika kedua-dua Mitsuki dan Yuki berperang dengan perasaan masing-masing, mereka mendapat tahu tentang kedai coklat boleh tunaikan hajat. mereka tak percaya pada mulanya. tapi desakan dari dalam membuatkan mereka nekad. 

akan tetapi, ada dua kedai coklat. satu, Chocolat Noir kepunyaan Aikawa Shokora. dan satu lagi, Salon de Blanche, kepunyaan Blanche.

mana satu kedai coklat pilihan Mitsuki dan Yuri? mampukah kedua-duanya 'menjadi' orang lain seperti yang dihajati Mitsuki dan Yuki? 


review:

kali ni Riku Hozumi dan Rino Mizuho cuba tampilkan kelainan dengan membawakan 2 watak utama dalam satu cerita. pada mulanya kedua-dua watak ini tak ada kena mengena antara satu sama lain. tetapi setelah mereka 'membeli'coklat daripada Shokora, korang akan dapati jalan cerita novel ni akan berubah menjadi lebih menarik.

nila tengok cover ada watak Blanche, anies dah boleh agak. cerita kali ni pasti menarik sebab Shokora akan berdepan dengan pesaingnya yang juga pembuat coklat boleh tunaikan hajat!

novel ringan ni, kalau korang tak ikuti komiknya.. that's okey kot? sebab di dalamnya ada pengenalan watak. tapi kalau nak tahu lebih mendalam, seeloknya bacalah komiknya.

overall, kalau korang cari bahan bacaan santai, ni laa bukunya!

judul: Magis Manis Coklat ~ginger macaron - ilusi mimpi~
no. ISBN: 978-967-2790-74-7
penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
tahun terbitan: 2022
harga: RM18.00 (SM), RM20.00 (S/S)

selamat membaca!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles