Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

King The Land

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

mengisahkan tentang Chun Sa-rang (Im Yoon-ah) yang bekerja di sebuah hotel ternama di Korea iaitu King Hotel. 

disebabkan minat yang mendalam dalam industri perhotelan, Sa-rang bekerja sepenuh hati dan berdedikasi hingga berjaya dinobatkan sebagai Talent of the Year daripada pihak hotel kerana bertugas dengan penuh cemerlang selama 2 tahun berturut-turut.

pertemuan Sa-rang dan Goo Won (Lee Joon-ho) berlaku tanpa dirancang di gimnasium hotel. Sa-rang menyangka bahawa Goo Won adalah lelaki yang mahu menggodanya. pada hal yang buat hal tu, orang lain.

mereka bertemu semula selepas beberapa tahun. daripada status sebagai pekerja hotel - bos, akhirnya mereka jatuh cinta. namun perjalanan cinta mereka tak seindah yang diimpikan. pastinya ada pelbagai halangan yang perlu ditempuhi. ditambah pula dengan kedudukan Goo Won sebagai salah seorang anak 'chaebol' terkemuka.

berjayakah mereka mempertahankan cinta hingga ke jenjang pelamin?



review:

anies tak ikuti drama ni kat Netflix. just tonton kat free website macam Dailymotion tu. niat asal nak tengok lakonan Joon-ho sebab anies suka dengan lakonan dia dalam The Red Sleeve & Good Manager.

tapi... masuk episod ke 4 dah rasa macam tak boleh nak go. bukan sebab jalan ceritanya yang cliché tapi disebabkan lakonan Joon-ho tak seperti yang diharapkan. tak tahu laa kenapa. lakonan Yoon-ah pun so so je. kalau boleh pilih pelakon terbaik dalam drama ni, anies pilih lakonan Kim Young-ok, yang membawa watak sebagai nenek Sa-rang.

'cerita sampingan' pun tak berapa nak kuat. konflik keluarga Goo Won lebih kepada penyedap cerita. tak bitter sangat. 'cerita sampingan' pekerja hotel dan rakan-rakan serumah Sa-rang pun tak seberapa. kalau kisah Da-eul dengan suami dia tu ada part penderaan atau konflik rumah tangga yang meruncing, mungkin jalan cerita drama ni akan jadi lagi menarik.

drama ni mungkin sesuai untuk mereka yang nak layan rom-com sepenuhnya. tapi disebabkan niat asal anies nak tonton lakonan Joon-ho, jadi bila tak sampai expectation tu, honestly rasa hampa jugalah...

lagi satu, screen time antara Sa-rang dan Goo Won terlalu lama. ada kala lebih 10 minit, cerita diorang je. jenuh nak tunggu tukar ke part lain😂😂

overall untuk drama ni, daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies bagi⭐⭐. 

that's all for today. thanks for reading.
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles