Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Comodity Dollar

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Korang pernah dengar fasal Commodity Dollar (CD)? kalau korang pernah belajar macro economy atau finance atau international trade atau yang berkaitan dengannya, pasti perkataan ni bukanlah sesuatu yang asing. bagi yang tak tahu, hari ni anies kongsikan apa itu CD. CD ni bukan short form untuk Cristian Dior jenama mahal tu tau😂 ni salah satu cabang ilmu ekonomi dan jom kita sama-sama tambah ilmu baru.

CD ni merujuk kepada situasi di mana nilai mata wang negara dipengaruhi (secara ketara) harga barangan komoditi yang dieksport.

CD biasanya berlaku kat negara-negara yang pentingkan eksport komoditi seperti minyak, emas, produk pertanian atau mineral seperti besi, bauksit dan lain-lain.

kalau korang nak tahu:

1. bila harga komoditi meningkat maka ia akan menguatkan lagi mata wang sesebuah negara.

2. sebaliknya, sekiranya harga komoditi menurun maka ia akan menjatuhkan nilai mata wang negara terbabit.

negara-negara yang lazimnya dikaitkan dengan CD termasuklah:

👉Canada (CAD) - negara ni berkait rapat dengan harga minyak
👉Australia (AUD) - pengeksport penting untuk mineral seperti bijih besi, arang batu dan produk pertanian
👉New Zealand (NZD) - dipengaruhi harga komoditi terutamanya produk tenusu

contoh (negara) di atas menunjukkan bagaimana harga komoditi mempengaruhi nilai mata wang sesebuah negara.

tetapi korang kena ingat ya bahawa faktor-faktor lain seperti kadar faedah (interest rate), kitaran ekonomi (economic cycle) dan peristiwa geopolitik turut mempengaruhi currency stability. 

(teks kredit & diubahsuai daripada: group Telegram Market Demon [Traders])



so, apa pendapat korang tentang Malaysia? adakah Malaysia termasuk dalam negara yang pentingkan eksport komoditi?

have you learned anything new today? drop your comment👇

tu sahaja untuk hari ni.
daa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles