Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Kaherah, Mesir: Masjid Imam Syafie

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

balik dari piramid, kami terus ke masjid ni. jaraknya agak jauh. tambah pula waktu tengah hari. jalan jammed sana sini. ini kunjungan kedua anies ke sini. 

klik foto ni untuk baca cerita lanjut.


bila dah sampai sini, hati terasa tenang tengok suasana sekeliling. dah banyak perubahan. tahap kebersihan pun dah jadi lebih baik. cuma tandas masjid je yang kena improved... a lot!


ni laa masjidnya... anies tercari-cari signage masjid yang diperbuat daripada batu tapi tak jumpa dah...

lagi satu... dah ada pintu pagar! ya... masa kami datang dulu tak ada apa-apa pun kat halaman masjid ni. kenderaan boleh parking sampai depan pintu. satu perubahan menarik!

short video - halaman masjid...

kawasan perumahan di sekeliling masjid

sebenarnya ada 2 pintu masuk. tapi yang ni selalu jadi tumpuan kerana di sinilah terletaknya makam Imam Syafie. nampak tak sesuatu atas kubah masjid? itu adalah replika perahu yang menunjukkan suatu ketika dahulu Imam Syafie seorang yang rajin mengembara untuk mencari ilmu.


ada suatu pemandangan yang jadi tak sedap kat sini adalah... peminta sedekah dah makin ramai. haihh... tapi nak buat macam mana kan... tu tempat diorang. apa yang penting kalau korang datang sini, pandai pandai laa macam mana nak bagi sedekah. sebabnya, once korang bagi kat seorang, nanti yang lain-lain datang serbu. you got my point?


kalau rajin, silalah baca...




okey, cerita fasal masjid pula. masa kami datang sini pada 2014, suasana dalam masjid agak suram. tapi selepas tu projek ekskavasi dan baik pulih dilakukan pada 2016, keadaan masjid ni jadi lebih baik. makam yang ada telah dicat dan ditambah baik.

so, suasana masjid tampak lebih cantik dan menarik untuk dikunjungi selain dapat beribadah dengan tenang kat sini.


pintu masuk

ni lah suasana dalam masjid yang mana, binaan yang dikepung dengan kayu tu adalah makam... tapi mana satu makam Imam Syafie?

ni laa makam Imam Syafie. sedih tengok bila pengunjung mencampakkan pelbagai item dalam makam ni. anies tak tahulah apa maksud diorang buat macam tu. konon nak dapat barakah tapi yang dapat hanyalah sakit mata dan sakit hati! kata kak ngah, yang buat ni selalunya orang tempatan. orang luar tak kuasa laa nak layan perkara-perkara khurafat macam ni... sedih, kan? insan terulung macam ni diperlakukan sedemikian...




selain makam Imam Syafie, ada 2 lagi makam yang dikebumikan di sini. dalam entry 2014 tu anies ada mengatakan yang salah satu makam yang ada adalah milik isteri kepada Salahuddin al-Ayubi - panglima perang Islam ketika perang Salib dulu. anies minta maaf atas kesilapan info tersebut. korang boleh baca info sebenar yang dikeluarkan pihak berkuasa Mesir tentang makam yang lain yang dikebumikan di sini.



short video - inside the mosque

short video - makam Imam Syafie

bahagian ni juga telah diperbaharui... sebelum ni tak nampak pun ukiran, tiles ni... 

marble floor tiles dating to the 12th century AH/ mid-15th century CE. tiles ni berdekatan dengan pintu masuk masjid...

tak sure yang ni apa... ada kat dalam masjid...

antara pembaharuan yang dilakukan pihak berkuasa. dulu tak ada semua ni...

maaf laa ya... blur...

kawasan untuk solat. di sebelah kanan foto adalah makam Shaykh Zakariyya al-Ansari... boleh baca infonya di bawah.



okey... rasanya cukuplah untuk perkongsian hari ni... mudah-mudahan suatu hari nanti korang berpeluang untuk datang dan lihat sendiri masjid ni.

thanks for reading
daaa..

BTW trip ke Mesir pada Disember 2024 masih lagi dibuka penyertaannya. terhad untuk 5 peserta sahaja. boleh PM anies untuk info lanjut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles