Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1688

KL International Beauty Week

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tak plan pun nak ke sini. tapi dah alang alang sampai Mid Valley, moh ler kita terjah. lagipun free entrance. FOC.

sebaik tiba depan MVEC, anies jadi confuse kejap. eh, kenapa ada pameran pengantin pula ni? rupanyaaaa.... ada 2 event berlangsung sebelah menyebelah😂

lepas register, anies terus masuk ke dalam dewan. perghhh punyalah ramai umat manusia. booth pula rapat rapat. memang berlaga tumitlah jawabnya.

bagi peminat barangan kosmetik dan kesihatan, confirm dah arif fasal event ni. selain menjual pelbagai produk, kat sini juga korang berpeluang untuk 'kutip' goodies.

anies segan nak kutip goodies banyak banyak. bimbang nanti bila dah banyak sangat, tak guna pula barang-barang tu. kan membazir namanya. jadinya, mana yang hulur goodies, anies ambil je. tapi kalau nak kaut semua, memang taklah.

well, event ni kebanyakannya disertai jenama-jenama yang dah established, online mahupun offline.

selain tu, ada juga klinik-klinik estetatik dan spa yang ambil bahagian. so kalau nak dapatkan diskaun kaw kaw untuk buat facial treament ke... nak berurut ke... haa sinilah tempatnya.

walaupun kecantikan ni sinonim dengan orang perempuan, tapi jangan tak tahu. pengguna lelaki pun ramai jugalah. tapi tak seramai perempuan.

well, ni jelah antara foto-foto yang sempat anies snap untuk tatapan korang.

hmm... ada sesiapa yang sempat ke sini ke Sabtu lepas? 

main entrance...

registration counter...

entrance...







fake nails, manicure & pedicure pun ada...



booth makan minum pun ada...


accessories wanita pun ada...

boleh check kulit muka kat sini...









antara goodies yang dapat...


well tu je laa.perkongsian untuk hari ni. thanks for reading..
daaa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1688

Trending Articles