✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bila kita ke luar negara, selain persiapan seperti tiket flight, duit belanja, pakaian, tempat penginapan, tiket masuk, passport dan lain-lain, kita juga perlu tahu terlebih dahulu apa keperluan yang dikehendaki negara yang bakal kita lawati tu.
meskipun passport Malaysia antara passport paling 'mantap' di dunia (ranking ke 11 pada 2023), namun bukan semua negara di mana rakyat Malaysia boleh terjah macam masuk rumah orang tanpa beri salam. no no no!
sebelum fly, benda pertama yang korang kena check adalah, negara yang korang nak pergi tu perlukan visa atau sebaliknya. jangan nanti dah sampai kat negara tersebut, korang dihantar pulang disebabkan tak ada visa. tak pun deny boarding. naya oiiii...
so, hari ni anies nak share sikit fasal jenis-jenis visa yang ada. mungkin korang pernah dengar sebelum ni tapi tak berapa nak jelas tentangnya. jom baca!
1) Visa-Free (but soon ada ETIAS)
2) Visa-Free
3) Visa On Arrival (VOA)
4) ETA
5) eVisa
6) Visa Required
✅ Visa-Free Countries but soon to implement ETIAS travel authorisation yang berharga €7/person bermula May 2025 untuk pelancong yang berusia 18-70 tahun. Those yang berumur <18 dan >70 tahun dikecualikan. Ada 30 buah negara yang terlibat.
✅ Visa-free kedua adalah negara yang visa free tapi tak terlibat dengan ETIAS. UK pun akan implement ETA tapi for now hingga Feb 2024, UK akan start dengan 7 buah negara Middle East dulu secara berperingkat. Malaysia punya turn tak tahu bila? Until then, korang boleh masuk UK macam biasa tanpa perlu apply ETA.
✅ VOA (Visa on Arrival)
• Ada 2 jenis VOA: percuma dan berbayar. Contoh negara yang free VOA adalah Maldives & Qatar. Contoh VOA berbayar adalah Nepal, Kuwait & Saudi Arabia. kalau nak tahu ia berbayar ke tidak, you have to do a research based on negara yang korang nak masuk.
✅ ETA
• Beza ETA dengan E-visa: ETA biasanya valid lebih lama iaitu setahun / 2 tahun. Make sure perkara ni dah ready sebelum fly. kalau tak, korang mungkin kena deny boarding.
✅ eVisa
• Sebelum melawat negara terbabit, korang dikehendaki memohon visa dan ia boleh dibuat menerusi atas talian (online). pastikan terlebih dahulu website tersebut adalah website yang betul bagi mengelak perangkap scammer.
✅ Visa required
• Visa ni kena mohon di pejabat kedutaan (embassy). Prosesnya agak renyah lebih-lebih lagi kalau korang tinggal di luar KL. mostly pejabat kedutaan berada di KL. seperkara lagi, approval mungkin akan ambil masa lebih lama berbanding visa-visa lain. jadi sebaiknya korang mohon visa ni sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berlepas.
informasi ni sah sehingga posting ini dikongsikan. ia mungkin akan ada perubahan pada masa hadapan. jadi seeloknya rujuk pihak berkuasa untuk daptkan maklumat terkini.
(teks / diubahsuai daripada sincerelyshe2210)
selamat melancong!