Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

My Dearest Part 2: epi 11 unreleased footage

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

unreleased footage 1:
In-ok; seorang daripada tawanan Joseon yang selamat tiba dari Simyang, telah datang menemui bapanya. In-ok memberitahu yang dia mengandungkan anak suaminya ketika berada di Simyang. namun anaknya meninggal dunia kerana dipanah tentera diraja sewaktu mereka kembali ke Joseon. 

dan anak yang ada bersama In-ok ketika itu merupakan anak jagaan Yang-chun. anak itu dijaga In-ok selepas kematian Yang-chun.

unrelease footage 2:
seorang pegawai istana datang menemui mantan menteri. dia tertanya-tanya dan mempersoalkan tentang siasatan yang sedang dilakukannya meskipun pihak istana sudah maklum bahawa suspek utama iaitu Lee Jang-hyun telah meninggal dunia. baginya tiada guna dia buat semua itu kerana mayat Jang-hyun telah dibuang ke laut. 

jawab mantan menteri, itu adalah arahan daripada pihak atasan dan dia tak perlu pertikai atau menyoal tentang kes tersebut. tambah pula hal ini ada kaitan dengan tentera penceroboh.

ketika mantan menteri mahu beredar, beliau ditanya lagi mengapa dia terpilih untuk siasat perkara itu? jawab mantan menteri, itu merupakan arahan daripada seseorang suatu masa dahulu dan dia terpilih kerana sebab-sebab yang dirahsiakan.

di penghujung scene, In-ok sedang tersenyum memerhatikan anak angkatnya membaca buku yang ketika itu berusia sekitar 5-6 tahun.

(jadi anies beranggapan bahawa pegawai istana itu merupakan anak mendiang Yang-chun [telah dewasa] dan dia diarahkan menyiasat kes Jang-hyun disebabkan Yang-chun merupakan individu paling rapat dengan Jang-hyun ketika dia hidup).

unrelease footage 3:
selepas pegawai istana beredar, Ryang-eun termenung sejenak. dia teringatkan kata-kata pegawai istana yang memberitahu Jang-hyun telah meninggal dunia. setelah itu dia beredar meninggalkan penjara sambil menangis.

unrelease footage 4:
Ryang-eum masuk ke bilik lalu terpandang hanbok dan kipas tangan di dinding yang pernah digunakan Jang-hyun. selang beberapa saat, Gil-chae muncul di muka pintu. 

mereka kemudiannya berbual tentang Jang-hyun sambil minum. Gil-chae berasakan Ryang-eum sangat bertuah kerana banyak habiskan masa bersama suaminya. dia sempat bertanya, siapa sebenarnya Jang-hyun di mata Ryang-eum. jawab lelaki itu, Jang-hyun tak ubah seperti ibu bapanya.

(Jang-hyun pelihara Ryang-eun sejak usia 7 tahun).


ni bukan poster. ni just (foto) pemberitahuan daripada pihak MBC tentang tayangan epi 11 berserta unreleased footage (UF) pada 23 November lepas. credit


notes:

1. dalam entry INIanies ada maklumkan, kalau dapat tonton UF ni, anies nak buat review. tapi... rasanya tak perlu review kot. cukup sinopsis je sebab durasi setiap UF ni sekitar 50 saat ke 2++ minit je.

2. kat TV, episod 11 + UF ni ditayangkan semula pada 23 November dan menjadikan total durasinya 100++ minit.

3. walaupun pihak MBC dah siarkan UF ni, hmm... macam biasa peminat drama ni tetap tak puas hati sebab ada beberapa perkara yang tak dijelaskan sepenuhnya. sebagai contoh, kenapa rambut Ryang-eum berubah jadi putih? kenapa tak tambah lagi 10 episod? etc.

4. sebenarnya UF ni 'susah' nak dapat (tonton). pihak Kocowa ada share dalam channel mereka tapi ia berbayar dan limited kat US & Europe je. so fans kat benua lain memang kecewa laa bila dapat tahu hal ni.

5. dan macam mana akhirnya anies dapat tonton UF ni? segalanya bermula secara tak sengaja pada Sabtu minggu lepas. anies tengah check schedule kat Astro. bila ternampak 'My Dearest Part 2 epi 11' sedang ditayangkan kat channel One HD, anies terus tonton walaupun ia siaran ulangan dan telah ke udara 20 minit yang lalu.

6. rupanya episod ni bukan sekadar siaran ulangan. ia adalah episod yang ditunggu-tunggu! tak sampai 5 minit, tiba-tiba muncul UF pertama! anies terus terkedu kat depan TV! (sebab tak percaya dengan apa yang ada depan mata)

7. then, selang 5 minit kemudian, muncul UF kedua (total ada 4 UF) dan anies terus tonton sampai habis.

8. keempat-empat UF ni sebenarnya anies dah tengok kat IG tapi tak ada subtitle. kalau korang nak tengok, nah! 

- UF 1 (tonton di SINI)
- UF 2 (tonton di SINI)
- UF 3 (tonton di SINI)
- UF 4 (tonton di SINI)

9. then... tanpa berlengah anies terus check kat website dramacool. ternyata kat situ, dalam episod 11... tak ada pun UF. maka dengan itu, melompat-lompatlah anies macam baru menang RM1 juta😂😂😂

hahaha... tu laa dia penangan drama My Dearest ni. dah lama tak berperasaan macam ni bila tengok K-drama. 

well... setiap orang ada cara untuk healing... and... this is my healing... gituuuu...😂

that's all. thanks for reading🫰
daa....

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles