✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sebelum tu anies nak ucapkan tahniah kepada blogger Mulankerana berjaya meneka dengan tepat dalam entry INI.
so harap-harapnya ketika blogger Mulan baca entry ni, hadiah yang dikirim dah pun sampai dengan selamat.
kepada yang dah teka tapi tak berjaya, jangan susah hati. nanti ada rezeki anies buat lagi mini GA ni ya!
well... kat mana nak mula, ya? hmm... sebenarnya... jalan-jalan ke Jepun ni dah lama kami plan. sebelum wabak Covid-19 lagi, anies dengan blogger Sal dah cadang nak tonton sukan Olimpik kat sana.
tiket (return) dah beli. hotel masih mencari masa tu. itinerary dah buat tapi tak siap sepenuhnya.
tup tup... lockdown! sampai bulan 5 2020, kami masih berharap dapat pergi. masuk bulan 7, bila kerajaan Jepun beritahu yang sukan Olimpik postponed, maka kami sepakat untuk minta refund.
fast forward... bila trip ke Türkiye tak jadi disebabkan ada yang tarik diri, then anies& blogger Farah plan buat trip sama-sama. pilih punya pilih, bincang punya bincang... akhirnya kami decide untuk ke Jepun.
kenapa Jepun? sebab boleh dik!🤣
since itinerary Jepun dah ada, jadinya anies just modified/update apa yang perlu. sementara tu Farah pula buat 'tugasan' booked hotel, beli tiket flight & pass etc. kiranya bab-bab $, semua serah kat Farah. thanks, darling🫰
Alhamdulillah... both Farah & Nora tak banyak tanya fasal itinerary. diorang serahkan 100% kepada anies. rasa bersemangat bila kawan-kawan beri kepercayaan macam ni. i 💜 you both!
then.... tibalah hari yang dinanti-nanti...
dannn... juga bakal 'terbang'berseorangan. tak percaya? silalah percaya. ya. anies berlepas dari KLIA T2 tanpa teman. dan... ni laa luggage yang anies bawa sepanjang berada kat Jepun. percaya tak cuma besar ni je?
silalah percaya. sebelum masuk, staf AA dah terpacak kat situ untuk timbang luggage. anies dah start berdebar. walaupun luggage ni kecil tapi mana laa tahu... naik je atas timbang, tetiba dia jadi 10kg! mahu pengsan kat situ!😂 tapi alhamdulillah... luggage anies cuma 7.3kg je. so, bila dah lepas, hati pun senang sampailah selesai semua proses pemeriksaan kastam & imigresen.
p/s ada masa nanti anies share macam mana nak buat travel light, okey?
flight meal. disebabkan tak ada kebab, so anies order nasi ayam. tetiba perut lapar padahal dah sarapan berat sebelum keluar rumah. Alhamdulillah flight hari tu tak ada masalah. jam 11.10am kami berlepas dari KLIA T2.
Alhamdulillah, anies selamat mendarat kat Tant Son Nhat Inter. Airport jam 1.10pm waktu Ho Chi Minh. entah kenapa hari tu, orang sangat ramai. hampir sejam jugalah anies kena beratur untuk lepas kastam dan imigresen.
ya, disebabkan kami bakal naik flight Vietjet ke Jepun, jadi...prosedurnya sama macam nak masuk Vietnam. luggage semua kena check. apa pun kami bersyukur sangat sebab kami ada gap masa yang lama. bayangkan kalau gap cuma 2 jam je? mahu menangis tak berlagu laa kat airport ni...
siap semuanya, anies pun tunggu Farah & Nora. flight diorang mendarat 10 minit lepas anies tiba. dan masa tunggu nak cop passport, tak nampak langsung kelibat depa. so lepas selesai urusan anies decide tunggu diorang kat arrival hall.
tunggu punya tunggu akhirnya diorang pun keluar. punyalah excited dapat jumpa & peluk diorang. sebabnya... last kami jumpa, Februari lepas. lepas tu, kami cuma 'jumpa' kat group WA je. everything related to our trip, bergaduh😂 dibuat dalam WA. so bila dapat jumpa ni memang happy sangatlah!
short video. baru perasan video ni Farah share kat group WA😂😂 masa ni kami dah sampai HCM.
tanpa berlengah, kami terus ke tingkat atas. caranya mudah je. cuma cari lif dah terus ke departure hall. sebaik melangkah masuk, kami dapati kaunter Vietjet dah dibuka. tanpa berlengah kami terus masuk dan check in luggage. lepas tu terus beredar ke bilik menunggu.
sempat lagi usha flight orang lain😂😂
tepat jam 4.45pm, staf VietJet pun panggil penumpang. lepas check tiket dan boarding pass, kami terus naik bas sebelum directly dihantar ke pesawat.
jam 5.20pm kami meninggalkan bumi Vietnam. perjalanan kami smooth tapi.... airturbulance.... fuh!!! rasanya lebih 5 kali kot? memang tak boleh nak terlelap. hanya mampu mengucap banyak-banyak. dah laa flight malam...
dan akhirnya.... alhamdulillah... kami selamat tiba di Haneda Airport pada jam 12.10AM waktu Tokyo. ya betul. kami tiba tengah malam. jadinya kami akan stay kat airport sampai pagi.
3 of us. muka mengantuk tapi depan kamera, buat-buat ceria.😂😂
selesai semua perkara, kami terus ke tingkat 4 Haneda Airport. kat sini adalah 'port' untuk berehat sementara menunggu pagi menjelma. bukan kami je yang lepak kat sini. ada ramai lagi pelancong dan orang tempatan tidur, baring, makan minum etc. kat sini.
carilah bangku beralas kain merah ni kalau nak rehat kat tingkat 4 Haneda Airport. FOC. tapi kena cari sendiri dan 1st come 1st serve. kami bertiga dapat bangku masing-masing tapi berjauhan dari satu sama lain. that's okay. janji ada tempat rehat.
bangku ni tak ada apa yang special. keras. kecil. nak tidur pun tak berapa lena sebab bunyi bising sekeliling. plus, aircond agak sejuk.
well... tu jelah mukadimah yang panjang lebar tentang permulaan trip kami. ada banyakkkkk suka duka, drama, air mata etc. berlaku lepas ni. jeng jeng jeng...
sama macam sebelum ni, perkongsian jalan-jalan ni anies cuma share pada hari Jumaat sahaja #JalanJalanJumaat #JalanJalanJepun. so cerita ni akan jadi panjangggg sampailah ke bab kami pulang nanti. you know me😉😉😉😂
ah lupa pula. ni haa... bukti blogger Mulan berjaya meneka dengan tepat & pantas mini GA yang anies buat 2 minggu lepas. kalau nak hadiah, stay tuned laa ya. mana tau... ada oleh-oleh dari Jepun untuk korang nanti!
so, that's all for today. thanks for reading.
daaaa