✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Satu daripada azam anies untuk tahun 2024 ni adalah, nak buat bekam (tanpa mengira bahagian tubuh) sekurang-kurangnya 2 or 3 bulan sekali. sebelum ni memang ada buat bekam. tapi tu laa... setahun sekali. kalau mood rajin, ada laa 2 kali setahun.
why nak (rajin) bekam? sebenarnya anies dalam usaha nak kurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan moden. tapi bukan bermaksud anies dah anti pada ubat-ubat moden. no!
ia sekadar nak kurangkan kebergantungan je. tak lebih daripada tu. sebagai contoh, setiap kali rasa macam nak selesema, kena makan Panadol. kalau dalam sebulan 2 3 kali kena selesema, haa... berapa banyak kena telan Panadol? well... ni contoh je tau! janganlah ambil serius pula, ya!
dari satu sudut anies percaya bekam adalah satu daripada alternatif perubatan, penyembuhan dan pemulihan. selain ia merupakan sunnah nabi, bekam turut dipercayai seluruh dunia kerana dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan manusia.
then... why bekam kepala? first and foremost sebab anies ada resdung. sebenarnya boleh je buat bekam muka. tapi kesan parut kat muka tu akan ambil masa untuk hilang.
kita pula saban hari keluar bekerja dan jumpa orang ramai. so rasa kurang selesa pula dengan muka bertanda berbirat walaupun dah pakai mask. then, parut kat dahi akibat bekam tak boleh nak cover dengan mask!🤣
kedua, once dah ada resdung ni, masalah rambut gugur memang tak dapat nak elak. bila dah buat bekam ni, Alhamdulillah masalah tu dapat dikurangkan.
ketiga, bila buat bekam kepala ni, our upper body yang sengal-sengal or sakit-sakit tu dapat dikurangkan. bila kerja banyak duduk daripada bergerak secara tak langsung bahu, tengkuk, belikat etc juga terasa sakit. so insya allah melalui bekam kepala ni, kita dapat kurangkan rasa tak selesa tu.
keempat, sebab bekam kepala ni anies boleh buat secara kerap. lepas 40 dah boleh repeat. berbanding dengan bekam full body, ia perlukan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum repeat.
apa yang anies share kan ni adalah berdasarkan apa yang disampaikan oleh staf. kalau ada kesilapan info, mohon perbetulkan, ya!
klik di SINI untuk info lanjut.
fasal prosedur bekam kepala ni, nanti laa anies cerita lagi kalau ke sini bulan depan... insya Allah.
jangan risau. kepala korang takkan dicukur kalau buat bekam ni. ya, betul. harga buat bekam kepala ni RM13.
korang macam mana? selalu ke buat bekam? which one you prefer? bekam darah or bekam angin? ke... tak pernah buat bekam langsung sebab takut sakit / darah?
share 👇 ya!
that's all for today.
daa...