✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas rehat, makan, mandi dan solat… kami decide nak itkeluar sambil hirup udara malam Hakodate. since Hakodate ni tepi laut, jadi kami dah bersedia dengan cuaca sejuk. tambah pula dah penghujung autumn. suhu mungkin dah drop sampai 10°C.
memang betul tekaan kami. sebaik pintu terkuak, angin sejuk menyapa muka. tapi tahap kesejukan tu, masih boleh tahan lagi. taklah sampai menggigil menggeletaq tahap Parkinson tu...😁
BTW, hotel yang kami inap ni cuma 2M je dari jalan raya. so bila tengok keadaan jalan yang lengang, kami rasa happy. memang jaranglah jumpa bandar yang lengang pada waktu malam. selalunya sibukkk memanjang. kan...?
so bagi anies pemilihan Hakodate ni tepat for our escapism yang busyyy sokmo. siang kerja. malam sibuk dengan family. then bila dapat ketenangan macam macam ni, buat kamk rasa relaks dan enjoy.
langkah kami tak bertujuan. kalau boleh nak jelajah semua tempat. but finally kami decide nak jalan-jalan kat kawasan yang terang je. it refers to kawasan-kawasan restoran atau bar yang masih lagi beroperasi pada masa tu.
boleh kuak lentang atas jalan raya ni😂 siapa nak try? jom!
Hakodate yang relaks... sorry foto blur...
ada sesuatu yang menarik bila tengok keadaan bar dan restoran. tak hiruk-pikuk. memekak bising macam kat Malaysia. kat sini, tenang je tengok warga tempatan menjamu selera. yang tengah beratur kat luar restoran tunggu giliran nak makan, tak ada pula nak baling kerusi tampak santai je.
dan kebanyakan restoran yang kami temui, mereka menjual sajian berasaskan makanan laut. macam anies cakap tadi. Hakodate ni tepi laut. so no wonder seafood menjadi pilihan utama pengusaha restoran.
kalau ada nasi lemak... pekena dengan ikan bakau cicah kicap cili... fuh! heaven mat!
antara restoran makanan laut yang ada...
lama jugalah kami merayau-rayau kat kawasan sekitar. kalau tak tengok gelagat manusia, kami layan kenderaan yang lalu-lalang terutamanya kereta-kereta buatan Jepun yang tak dijual kat Malaysia.
geram je tengok design MPV, van or kereta yang comel-comel ni. kalau dari segi jenama pula, mostly kami jumpa brand Honda atau Suzuki.
bila dah puas berjalan, kami decide nak balik hotel. tapi sebelum tu, singgah sekejap Family Mart (FM). ni FM pertama (kat Jepun) yang kami singgah.
seperti ramai sedia maklum, Jepun dan convenience stores memang tak dapat dipisahkan. anywhere. everywhere. FM, 7E, Lawsons... just name it!
paling menarik kat FM sini adalah, pelbagai jenis frozen food memenuhi chiller. chiller pula bukan sebuah je. ada 2 3 buah chiller! bento, sushi, ayam karaage, yakitori, kek, dessert, etc... kalau semua ni halal, confirm migrain kami nak pilih!😂😂
lama juga kami membelek-belek barang kat FM ni esp farah dan nora. tak tahulah... apa yang diorang nak beli. anies; dah dapat telur rebus, terus je bayar.
dalam FM...
jam menunjukkan hampir 8.00PM. tanpa berlengah kami terus balik hotel. masa untuk recharge 'bateri'. sebabnya, hari berikut kami dah start naik sheikh jalan-jalan.
so, ke mana destinasi kami lepas ni? insya-Allah minggu depan anies sambung lagi. stay tuned!
thanks for reading.
daaa