Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Okay! Madam

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sinopsis:

Magnolia (Mi-Young) merupakan 'assassin'Korea Utara yang telah melarikan diri ke Korea Selatan. sepanjang tempoh 10 tahun itu, dia membuat pembedahan plastik, menukar nama, berkahwin dengan lelaki tempatan, mempunyai seorang anak dan berniaga cakoi (laku keras) di sebuah pasar tempatan.

suatu hari, tak semena-mena dia memenangi percutian ke Hawaii. pada mula dia enggan pergi. namun apabila teringatkan nasib anaknya, akhirnya Mi-young bersetuju untuk ke Hawaii bersama keluarganya.

tanpa diduga, kapal terbang yang mereka naiki di hijack oleh agent dari Korea Utara setelah mereka mendapat tahu Magnolia 'telah kembali' dan turut bersama dalam penerbangan tersebut.

pelbagai insiden lucu, aksi dan tak kurang juga pergaduhan berlaku dalam kapal terbang tersebut. 

adakah Magnolia berjaya diberkas? apa nasib kapal terbang tersebut? selamat mendarat di Hawaii? atau... terpaksa berpatah balik ke Incheon?


official poster. credit.


review:

korang dah lama tak ketawa berguling-guling sambil tengok movie?

nah! ni movie terbaik untuk korang berdekah tanpa henti. senang cakap filem ni memang lawak walaupun pada mulanya ia kelihatan serius. adengan awal je dah ada aksi tembak-menembak.

paling tak boleh blah, dalam keadaan flight kena hijack tu, macam-macam laa perangai tak semenggah yang keluar. baik dari pramugara, pramugari, penumpang dan agent Korea Utara pun... 2x5 juga😂😂😂

filem berdurasi 1 jam 40 min dan diterbitkan pada 2020 ni korang boleh tonton / search kat Telegram. yang anies jumpa tu, ada Indo subtitle. 


trailer. credit

barisan pelakon. credit.


daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies bagi ⭐⭐⭐⭐.

selamat menonton!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles