Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Hakodate → Tokyo, Jepun: sayonara Hakodate!, Stesen Tokyo dan Stesen Shin-Ōkubo

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebaik turun dari tram kat Stesen Hakodate Ekimae, kami terus berlari ke hotel untuk collect luggage.


suasana depan hotel... sedihnyaaaa nak balik...😭😭😭


segalanya kena buat secepat yang mungkin. dari hotel kami terus ke Stesen Hakodate (SH). tapi... sebaik melangkah masuk ke ruang menunggu, satu tren pun tak ada kat situ!

sebenarnya, kami pun silap juga sebab tak check schedule train. bila jadi macam ni, tak ada apa yang mampu kami boleh buat kecuali berdoa agar tren Hakodate Liner (HL) muncul dengan segera.

berpandukan electronic board yang tergantung kat siling stesen, HL akan sampai pada 2.15PM dan bertolak ke Stesen Shin Hakodate-Hokuto (SH-H) pada 2.18PM!

dalam kepada dah congak. kami akan sampai sana sebelum 2.48PM. kalau tak, kami terpaksa naik Shinkansen jam 4.00PM! no way! dah lewat sangat tu. nanti kami tiba Tokyo jam 8.00PM. then nak ke hotel lagi... tidakkk!

'bunyi' 8.00PM tu macam awal, kan? tapi sebenarnya suasana sekeliling macam dah pukul 11.00PM... sebabnya, sekitar 4.30-5.00PM langit dah gelap.


short video of HL. tren muncul tepat pada masanya. 


tanpa berlengah, kami terus masuk gerabak sambil mata tak henti-henti tengok jam. tepat 2.18PM HL pun beredar meninggalkan SH.

mungkin Allah SWT dengar doa kami. HL sepatutnya berhenti di 4 stesen sebelum tiba SH-H. tapi hari tu, HL cuma berhenti di 2 stesen je. it means, kami boleh sampai lebih awal di SH-H!


suasana dalam HL. nak duduk pun hati tak tenang selagi tak tiba SH-H.


memang betul! kami tiba SH-H 7 minit sebelum Shinkansen berlepas. tapi... nak jadi cerita, masa kami keluar tren entah kenapa kami kena tahan! kami tak dibenarkan masuk platform Shinkansen. keadaan kat situ agak sesak dengan orang ramai memakai uniform. anies mengagak mereka tu mungkin pelajar universiti. 

farah dan nora dah tak keruan bila kami tak bergerak (terperangkap dalam crowds). then, tak semena-mena kami nampak ada penumpang yang tak hiraukan arahan dan terus 'merempuh sekatan'. kami pun ikut walaupun polis bantuan tu menjerit-jerit (dalam bahasa Jepun). mungkin dia marah sebab ada yang tak dengar arahan.

sebaik melepasi orang ramai, kami nampak platform Shinkanshen. lega sangat sebab tak perlu naik eskalator/tangga. platform Shinkansen cuma bersebelahan je dengan platform HL


reserved seat ticket


sebaik kaki jejak lantai platform, kami nampak Hokkaido Shinkansen dah ada kat landasan! tanpa menyemak reserved seat ticket terlebih dahulu, kami terus melompat masuk gerabak

masa tu... rasa macam nak putus nyawa! tak sampai seminit kami masuk, pintu Shinkansen pun tutup. fuhhhhh... Alhamdulillah...


dalam kalut-kalut tu sempat lagi snap platform Shinkansen SH-H...


ya Allah... rasa nak sujud syukur je kat situ. bila Shinkansen dah bergerak barulah kami simpan luggage then cari seat. oh ya, kami naik Shinkansen yang sama masa kami datang. so korang boleh baca kat SINI.

sayonara Hakodate! panjang umur, murah rezeki... kami datang lagi! 😭😭😭


STESEN TOKYO

short video. view perjalanan ke Tokyo... tak tahu laa masa ni dah sampai mana...

Alhamdulillah... kami dah selamat tiba di Stesen Tokyo...


lepas keluar dari platform, kami terus cari platform JR Yamanote Line (JY). sekali lagi... nak jadikan cerita, kami tak jumpa platform JY!

adoiii... pusing punya pusing... tak jumpa-jumpa! pelik pun ada. kami sesat ke? tak juga. sebabnya, kami jumpa platform JY tapi itu laluan ke Shibuya. kami boleh je naik. cuma tempoh masa untuk sampai tu agak lama.

dah laa kami letih. memang tak laa nak berdiri lama dalam tren. masa tu orang ramai masih baru balik kerja. jadi... kami pasti, tren akan sesak dengan dengan penumpang.

hmapir 10 minit jugalah kami cari platform. masa tu memang nak give up dah. tapi entah macam mana... kami toleh belakang... eh, nilah platform nya!

adoiii... bila fikir balik, macam mana kami boleh tak nampak ya? pada hal platform tu ada kat area sama... aduhhh...😓😓

tanpa buang masa, kami terus naik ke platform dan tunggu tren sampai. 


STESEN SHIN-ŌKUBO

perjalanan dari Stesen Tokyo ke Stesen Shin-Ōkubo (SS-Ō) mengambil masa 1/2 jam. syukurlah kami dapat tempat duduk. dan sempat jugalah kami terlelap kepenatan... 😁😁

sebaik tiba di SS-Ō, ada something yang buat kami ketawa. kami jumpa lif yang mana ia berfungsi untuk turun je. so dalam lif tu cuma ada button buka dan tutup pintu sahaja. 😁😁... Jepun jarang menghampakan...


suasana depan SS-Ō. agak sesak dengan orang ramai dan kenderaan lalu lalang...


dari stesen ke hotel, kami kena jalan kaki lebih kurang 10 minit. agak jauh juga tu. tapi... kalau tak sesat tu memang tak sah!

ya... kami sesat! entah berapa kali tersalah masuk lorong. so perjalanan selama 10 minit tu bertukar jadi 1/2 jam!

syukurlah luggage anies tak berat. dalam pada tu kesian jugalah kat farah dan nora yang terpaksa heret luggage besar.


lorong menuju ke hotel. entah kenapa anies suka dengan suasana lorong-lorong kat Tokyo ni. sentiasa ada orang lalu lalang. so kalau jalan seorang seorang pun tak takut...


Alhamdulillah... hotel yang dicari akhirnya jumpa juga... selesai check in dan simpan luggage, kami keluar sekali lagi untuk cari makanan kat area SS-Ō. tapi restoran halal yang dicari tu tutup😭😭

last last kami singgah Lawson beli keledek bakar dan telur rebus. malam tu, cuma makan apa yang ada. biskut, roti dan kopi. cukuplah... janji kenyang. lagipun kami dah letih sangat.

well... nak tahu kenapa kami pilih hotel dalam area SS-Ō ni? nanti next entry anies share fasal hotel...


travel not just to reach a destination, but to discover the stories that unfold along the way. #HokkaidoShinkansen #Hayabusa #Tokyo #Japan


well tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading
daaa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles