Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Terima kasih daun keladi blogger Amie's Little Kitchen (kak amie)

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... rezeki Ramadan...

parcel ni selamat tiba ke tangan anies minggu lepas... laju betul servis GDex walaupun sekarang orang tengah sibuk membeli (online) untuk persiapan Aidilfitri.

bila parcel dibuka... tadaaaa... ada beg woven oren. terasa macam dapat goodies dari kenduri kahwin... hehe... tapi majlis anak kak amielambat lagi...

dannn... inilah hadiahnya. banyak betul! semuaaaa anies suka! yang purple putih tu, kaftan. masa buka beg menusuk-nusuk bau wangi. ni mesti perfume favourite kak amie, kan? yang lain-lain tu, souvenir dari negara-negara yang kak amie lawati baru-baru ni. kalau korang follow blog kak amie, tentu korang tahu kan negara mana kak amie pergi tu?


well... tiada kata seindah bahasa. ceeeh wah!😁 terima kasih tak terhingga kepada kak amie atas pemberian 'wangi' ni. happy yakmat! 

oh ya... anies dapat hadiah ni kerana terpilih sebagai salah seorang top commentator kat blog kak amie.

sebenarnya, bila BW ni tak terfikir pun nak habuan ke apa. kita ziarah, sama-sama enjoy dan sebar vibe positif selain menyokong minat menulis dalam kalangan kita.

bukan tu je. kita juga dapat inspirasi daripada perkongsian yang ditulis. macam lawatan kak amie ke negara-negara Balkan ni. mana tau kan... 1 hari nanti kalau ada rezeki ke sana, kita boleh refer info daripada blog kak amie.

Alhamdulillah... ilmu tersebut secara tak langsung memberi jariah buat kak amie dan kepada kita, ilmu pengetahuan yang bermanfaat. insya allah.

so kepada yang belum follow blog kak amie, boleh klik kat SINI ya. selain cerita fasal negara-negara yang  dijejaki, kak amie juga kerap berkongsi resepi unik lagi sedap!

haa yang tak ada idea nak berbuka masak apa, boleh terjah blog ibu kepada 4 putera ni ya!

last but not least, terima kasih sekali.lagi kepada kak amie. semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rezeki dan rahmat-Nya buat kak amie& keluarga.

oh ya... juga salam takziah kepada keluarga kak amie atas pemergian yang memilukan... Allahyarham Muhammad Nazmie Aizat. alfatihah (dibaca). kisah allahyarham boleh dibaca di SINI. semoga keadilan memihak kepada allahyarham. aminnn...

that's all for today
thanks for reading
daaa

p/s lambat BW... ada kerja sikit...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles