Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Hatyai, Thailand: Renu Shop

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

rasanya tak sampai 10 minit, kami dah tiba sini😂 dekat sangat kedai ni dengan Bee Garden. kalau jalan kaki pun tak sempat nak berpeluh. dekat sangat.

sebaik tiba, beberapa buah bas dah ada kat situ. so kami boleh jangka, kat dalam kedai ni confirm ramai orang.

memang betul! barisan yang nak bayar kat kaunter tu, kemain panjang

apa yang ada kat Renu Shop ni? kat sini famous barangan kering / jajan yang sesuai untuk dijadikan souvenir.

sebut je... gajus, pistashio, sotong kering, keropok, dried seaweed, asam masin, ikan bilis... semua ada! kalau yang suka dan familiar dengan jajan halal dari Thai ni, confirm memang akan belilah!

anies berkenan juga nak beli beberapa barang kat sini. tapi bila tengok queue panjang sangat... hmm... tak apalah. kita cari kat tempat lain. walaupun ada yang cakap murah, tapi bila bandingkan dengan barang-barang yang dijual kat Bee Garden tadi, anies rasa lebih kurang je harganya. kalau ada pun beza 2-3 Bath je.

anyway terpulanglah pada selera masing-masing either nak beli or sebaliknya. 

well kalau korang ke Hatyai nanti, jangan lupa singgah sini tau! bawa duit tunai lebih sikit. 

dan macam biasa... beberapa keping foto untuk tatapan korang. cekidaut!


@ halaman Renu Shop. kawasan parking ni memang luas...

ni pintu masuk...

kalau haus, depan kedai ni ada kedai jual minuman dan gerai kecil yang menjual buah potong...

suasana dalam kedai... sorry blur pula foto ni...

ya pakaian pun ada dijual tapi tak banyak...

keropok, kerepek, dan 1001 jajan... ada di sini...

buah kering. kat sini ada tester macam dalam bekas bertutup merah tu. tapi anies tengok mostly botol dah kosong 😂

siapa hantu kacang...boleh laa datang ke sini😂😂

pelbagai jenis ikan bilis ada kat sini...

short video - inside the shop.


well... tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles