Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Hatyai, Thailand: Nora Plaza

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

aktiviti mengopakkan purse dan wallet berbelanja sakan belum berakhir ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian😂

selesai buang duit di Renu Shop, kami dibawa ke sini pula. jarak pun dekat-dekat je. tak dan nak rasa aircond dalam bas, kami dah sampai😂

kali ni, apa yang special dijual di Nora Plaza (NP)?

NP terkenal dengan pelbagai jenis barangan kulit bermutu dan dijual pada harga yang sangat murah tak ada laa murah mana pun. so kalau korang peminat barangan kulit, silalah singgah bila datang ke Hatyai nanti.

nak tahu berkualiti ke tak, tour guide kami bagi contoh tali pinggang yang dipakainya. dia beli tali pinggang kulit 10 tahun lepas kat NP dan ia masih boleh digunakan sampai sekarang. 

selain barangan kulit, peralatan dapur, pakaian, jajan, ubat-ubatan turut dijual. walaupun berada dalam sebuah bangunan namun ruang jualannya sangat besar dan luas (hanya setingkat).

anies try cari card holder kulit untuk dipakai bersama lanyard. sayangnya tak ada jual pula... hmm...

kami berada kat sini lebih kurang 45 minit sebelum beredar ke restoran untuk makan tengah hari. dah lapar, beb!

dan macam biasa anies sertakan beberapa keping foto @ NP.


halaman NP ni kecil je. tambah pula sebelah jalan raya. so korang akan rasa sempit bila sampai sini.

main entrance NP.

sebaik masuk, korang akan jumpa restoran yang menjual sup / minuman berasaskan sarang burung. kata tour guide, ia halal. dari segi harga, maaf laa anies tak sempat nak tanya... murah or mahal untuk secawan air sarang burung...

blur laa pula...


i is berkenan dengan luggage kulit ni. harga? tak silap sekitar ฿30K. korang convert to RM sendirilah!





peminat barangan Zebra, silalah datang ke sini. confirm korang akan pengsan tak bangun bangun tengok segala periuk belanga yang ada lat sini. mur mur oiiii! kalau bawa kereta sendiri ke Hatyai ni, mahu penuh but kereta dengan barangan Zebra ni.


kaunter ubat-ubatan...


beg dari kulit buaya yu ols! entah entah beg jenama famous tu datang dari sini. ops!🤭




well tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading
daaa

p/s tak habis lagi BW. mengantuk yakmattt


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles