Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Berbuka puasa @ Berjaya Times Square Hotel, KL

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... ada rezeki kami tahun ni berbuka puasa di hotel. kali ni pihak office yang belanja. so masing-masing senyum lebar bila dapat makan free. terima kasih bos & management.


setiap staf dapat kupon ni... 


cerita berbuka puasa ni berlaku minggu lepas. pada mulanya pihak office cadang nak buat on hari Nuzul Al-Quran. tapi masing-masing tak mahu ganggu cuti. then AJK buat undian untuk pilih tarikh. finally mereka bersetuju untuk berbuka pada Jumaat minggu lepas sebaik selesai kerja.

tema bufet Ramadan kat hotel ni adalah Selera Nostalgia Do Re Mi. so mostly hidangannya terdiri makanan popular di Malaysia.

selain kami, ada juga orang awam yang berbuka kat sini.

komen tentang makanan & minuman kat hotel ni? terbaik! sangat sedap, okey! anies rasa kalau belanja seperti amaun yang tercatat atas kupon, amatlah berbaloi. siyes, beb! sangat sedap.

anies ambil dalam.portion kecil dan hampir semua hidangan yang ada, anies makan kecuali minuman. memang tak pandang air lain daa... teh tarik kat sini... aduyaiiii.... menyesal tak bawa botol air! entah berapa cawan agaknya yang masuk perut hari tanpa diet

foto sangat banyak. so bertabahlah ya...

section ikan masin, telur asin, mempedal goreng etc.

section ulam-ulaman

section steamboat

pelbagai jenis kerabu...

seafood yang dimakan bersama pelbagai jenis sos...

section kari kepala ikan... terbaik punya kari! kalah kari mamak!

section sate dan 'adik-beradiknya'...

section nasi ayam hainan... ayam ni sangat juicy, okey!

section nasi goreng, nasi putih dan pelbagai jenis sambal ada dalam kuali...

section kuih-muih tradisi...

teruja betul bila nampak section chocolate fondue dan 'adik-beradiknya'... jangan tak percaya ya! pihak hotel guna dark chocolate ni. sangat likat, pahit tapi sedappp...

section kuih raya. semua kuih-muih raya ni sedap beb... rasa nak bawa balik sebalang!😂

section buah-buahan...

section air panas. ada 4 jenis air: teh o, kopi o, nescafe tarik dan teh tarik... section air sejuk belah kiri foto...

section ABC (air batu campur) dan 'adik-beradik' beliau...

section ais krim. tong ais krim ada kat sebelah kiri foto. sorry tak termasuk dalam foto. kat sini korang scoop ais krim dalam mangkuk then hiaslah dengan pelbagai topping yang ada...

section kegemaran ramai... tak lain tak bukan... nasi beriyani dan kambing golek! kami dimakan bersama sos black pepper...

nasi lemak dan lauk-pauk sampingan seperti sambal sotong, sambal udang, sambal paru etc...

section bubur lambuk...

pelbagai jenis lauk yang dimakan bersama nasi putih...

section pizza pun ada tau! 

section roti canai dan martabak. dimakan bersama kuah kari.

antara makanan yang anies ambil... ni baru 1st round...😂 2nd round, 3rd round, 4th round maleh dah nak snap...😂😂

short video - meja kami😁


ada banyak lagi makanan yang disediakan tapi tak sempat anies nak snap semua. 

kalau ada rezeki, boleh bolehlah try berbuka puasa kat sini. sangat sangat berbaloi, okey! yang paling penting, sedap!

sekali lagi terima kasih kepada pihak office kerana sudi belanja kami berbuka puasa di sini.

that's all for today
daaa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles