Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau ikutkan hati memang malas nak pergi. tapi bila teringatkan satu komik ni + diskaun + goodies, anies rasa... anies memang kena pergi😂

sengaja pergi pada hari terakhir PBAKL yakni hari Ahad bersamaan 2 Jun. sehari sebelum tu, kecoh jugalah PBAKL tahun ni sebab penulis 'misteri' Temé Abdullah muncul buat pertama kali.

bila dapat tahu fasal ni, rasa lega sangat anies tak datang pada Sabtu. kalau tak confirm kena bersesak-sesak dengan peminat Temé.

tapi... datang hari last pun... hmm 2x5 juga sesaknya. tapi tak adalah sampai berlaga tumit. masih ada ruang 'untuk bernafas'.

BTW selain komik, sebelum PBAKL ni berlangsung anies dah aim nak beli novel daripada penulis favourite. sayangnya... tahun ni beliau tak ada tulis novel baru😪 bila masuk booth beliau, rasa hambar je. kelibat beliau pun tak ada kat situ. kalau tak boleh selfie bersama macam sebelum-sebelum ni.

then tanpa berlengah anies terus ke booth komik. dalam kepala dah set apa nak beli. so tak sampai 5 minit, anies dah beratur untuk bayar. malas eh nak belek-belek komik yang lain.

dari booth komik, merayau sekejap dalam hall pameran sambil record video. kali ni anies malas nak snap dan upload foto😂 so rangkum terus dalam 1 video. senang kerja!😂 lately serba serbi malas ya, anies? nampaknya macam tu laa😂😂


since datang dari stesen LRT, jadi anies masuk WTC melalui pintu berdekatan Hotel Seri Pacific / Sunway Putra Mall...

hujan lebat petang tu... masa ni, kat atas jejantas dari stesen LRT ke WTC...

suasana @ PBAKL. maaflah kualiti video tak memuaskan bila upload ke YT. padahal video asal okey je. masalah blog ni, ia tak boleh upload video berdurasi lebih dari seminit... haihhh😓

Syed Saddiq tengah promote buku dia kat main stage...

pelakon Namron jadi tetamu jemputan di booth Negeri Selangor...

i miss soooo much this teh tarik... tapi sayang... kesedapannya dah berubah... sebaliknya harga makin mahal... perhaps this is the last cup i'll ever drink😭😭


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles