Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1686

Osaka → Hiroshima, Jepun: Hikari Shinkansen, Stesen Hiroshima, 227-0 Series Red Wing (JR San'yō Line) dan Stesen Miyajimaguchi

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas bersarapan dalam bilik hotel (makanapa yang ada), kami terus ke stesen Higobashi. suasana sekeliling hotel tak sibuk dengan kenderaan tapi kelihatan orang ramai ke sana sini untuk ke destinasi masing-masing.

anies mengagak mereka mungkin dalam perjalanan ke tempat kerja. masa tu baru 6.30AM. 

ya, 6.30AM kat Osaka ni dah terang benderang, okey! BTW, route ke stesen Shin-Osaka sama je seperti kami tiba sini sehari sebelum. 

bila tiba kat stesen Shin-Osaka, kami tak terus ke platform Shinkansen. sebaliknya kami merayau-rayau sekejap dalam stesen tu. sempat jugalah singgah Family Mart untuk beli kopi.

kira-kira 20 minit sebelum berlepas, barulah kami naik ke platform Shinkansen.


reserved seat ticket... kalau tak ada JR Pass, harga tambang sehala dari stesen Shin-Osaka ke Hiroshima adalah lebih kurang ¥10,750.

Hikari Shinkansen

walaupun namanya sama dengan Shinkansen yang kami naik dari Tokyo ke Osaka (baca kat SINI), tapi Hikari yang ni 'body'nya berwarna kelabu dan berjalur kuning (🎶dihiasi indahnya jalur kuning🎵𝄞)

Shinkansen ni akan berhenti di beberapa stesen besar dan ia akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai di stesen Hiroshima.


'hidung' Shinkansen ni mancung-mancung belaka. entah 'mix' mana laa dia 'dapat'😂😂😂



gerabak Hikari Shinkansen👆👇



suasana dalam gerabak. sama je dengan gerabak Shinkansen yang lain. oh, ya! dalam Shinkansen ni ada Wi-Fi. nak tahu line dia bedesup bak The Flash atau macam sloth, bolehlah try naik nanti😂

Stesen Hiroshima

Alhamdulillah... akhirnya kami sampai juga di bumi yang namanya selalu disebut-sebut dalam buku teks Sejarah. apa lagi kalau bukan kerana peristiwa bom atom dan Perang Dunia II.

masa buat itinerary, anies beritahu farah yang kami akan ke Hiroshima. nak tahu apa farah soal: "eh, situ selamat ke? sisa-sisa bom atom dah habis ke?"

tergelak besar anies dengar soalan tu. tapi pada masa sama anies faham situasi tu. masa kan tidak... sebelum ni kita selalu dikhabarkan dengan kesan nuklear yang tercemar dan boleh membawa maut.

tapi bila kerajaan Jepun sendiri mengesahkan Hiroshima bebas daripada sisa-sisa nuklear, maka secara tidak langsung, orang ramai juga bebas ke sana ke sini kat bandar bersejarah ni.

ehh... nak cerita fasal stesen tapi melalut ke benda lain pula. okey, sambung!

lepas keluar dari platform Shinkansen, kami bukan ke platform tren seterusnya. sebaliknya kami singgah lagi Family Mart kat situ. sempat lagi beli biskut kapal dan kopi untuk buat bekal.


short video @ platform Shinkansen, stesen Hiroshima...


selesai membeli kami terus cari platform JR Sanyō Line. masa ni, punyalah confident... turun ke platform tanpa rujuk itinerary. kami cuma refer signage je. bila dah masuk dalam gerabak, entah macam mana anies tergerak hati nak tanya orang. masa tu tren belum berlepas lagi.

"this train will go to Miyajimaguchi station, right?""no, no! that train!" balasnya sambil menunjuk tren berjalur merah bersebelahan platform.

apa lagi? mencicitlah kami berlari keluar dari gerabak dan terus panjat tangga untuk ke platform sebelah. masa tu dah tak fikir apa daa... yang penting kami mesti naik tren tu sebelum ia berlepas!

bila kami melangkah masuk gerabak, rupanya couple mat saleh yang satu gerabak dengan kami sebelum tu pun tersalah tren. adoiii laa... drama sungguh! tak lama kemudian tren yang dinaiki beransur-amsur meninggalkan stesen Hiroshima.

277-0 Series Red Wing (JRSan'yō Line)

lepas tren bergerak, barulah anies buka itinerary. memang sah! kami silap naik tren! dalam itinerary anies dah siap tulis, 'tren berjalur merah'. manakala tren yang kami silap naik tu berjalur hijau. haihhh... tu laa... konon nak tunjuk terer kan...


ni laa train nya. hari tu tak sempat snap foto. so pinjam foto dari credit.


JR Pass holder boleh naik tren ni FOC. harga tambang sehala tanpa JR Pass dari stesen Hiroshima ke stesen Miyajimaguchi adalah ¥420 per person.


suasana dalam gerabak... sampai ke sudah kami kena berdiri. lenguh beb! 30 minit bukannya sekejap...😂


tren ni lebih kurang macam tren KTMKomuter. ia akan berhenti di beberapa stesen kecil. apa yang best fasal tren ni adalah, kita dapat nikmati pemandangan kampung dan pekan-pekan kecil dalam 'daerah' Hiroshima ni.

sepanjang perjalanan, anies asyik terfikirkan... macam mana laa kehidupan penduduk-penduduk luar bandar lepas peristiwa bom atom tu. adakah diorang terkena tempias juga? atau terselamat sampai sekarang? macam-macam benda berligar dalam otak sampai tak sedar, perjalanan selama 1/2 jam tu, dah berakhir...

ada 3 short video pemandangan luar bandar / kampung sepanjang perjalanan dari stesen Hiroshima ke stesen Miyajimaguchi👇👇👇


📹

📹

📹

Stesen Miyajimaguchi

stesen ni kecil je. keluar je dari gerabak, dah nampak exit gate. masa tu laa baru kami perasan... rupanya ramaiiii yang turun kat sini. ingatkan kami bertiga je😂😂


short video @ stesen Miyajimaguchi...


ada satu insiden cukup mendebarkan berlaku sebaik sahaja anies keluar dari stesen ni. nak tahu apa yang jadi?

stay tunedddd...
daaa

p/s lambat BW🙏

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1686

Trending Articles