Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Takut kerana salah

$
0
0
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alkisah... minggu lepas. lepas azan maghrib, kedengaran bunyi siren. makin lama makin kuat dan tiba-tiba...

banggg!!! panggg!!!

apa lagi? kami terus keluar rumah dan... sangkaan kami memang betul!

ada accident! sebuah kereta dah terbalik atas pembahagi jalan. sebatang lampu jalan tumbang merentasi jalan raya sekaligus menyebabkan kenderaan lain tersekat. syukurlah tak ada yang lalu lalang masa tiang lampu tu mencium bumi.

dalam sekejapan je jalan dah jammed. beberapa pegawai polis yang ada kat situ tolong lancarkan urusan trafik.

orang ramai mula mendekat tapi pihak polis segera halang. tak lama kemudian, kedengaran siren ambulans. then bila tiba kat situ, paramadik dan polis tarik pemandu kereta ke luar. kami tak pasti sama ada dia masih bernyawa atau sebaliknya.

tengah khusyuk perhatikan polis dan paramedik buat kerja tak semena-mena jiran kami muncul. then terus tanya dia.

"kenapa tu?"

"lari dari polis. ada buat salahlah tu... kalau tak salah, takkan kena kejar pula, kan..."

"hmm... kes kejar-mengejar rupanya..."

jiran kami ni pegawai polis. so kami percaya laa apa yang dia cakap tu...


keadaan lampu jalan yang kena langgar tu. yang bentuk 4 segi tu, lampu. yang hitam tu bumper kereta penjenayah... sampai laa ni belum dialihkan or dibaiki pihak berkuasa...


p/s lewat BW🙏🙏
thanks for reading
daa

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles