✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Meneruskan azam 2024... Alhamdulillah... masih konsisten lagi. masuk kali ni... yang ke 4 daa...
bekam ni tak digalakkan buat secara kerap. at least selepas 40 hari baru repeat. ni staf ar-rayyan yang pesan. tapi anies buat selang 2 bulan dan kali ni buat bekam kepala je.
lately banyak benda kena fikir. tambah pula cuaca panas. kadang ting tong jugalah dah macam fikir masalah negara kekdahnya
masa buat bekam, terasa darah tu mengalir laju. sebelum ni okey je. kata staf kat situ, "ada banyak angin ni" bila mana dia refer keadaan darah yang keluar tu. memang banyak angin pun. angin malas, angin pus pus, nak pergi makan angin... angin sakit hati pun ada sekali tu😂😂
sesi bekam kepala ni sekejap je. dalam 15 minit dah selesai. sebelum ni anies buat kat belakang kepala. kali ni bahagian depan pula. maaf laa ya... gambar ada tapi tak boleh nak tunjuk... aurat, noks!
usai bekam, start daa dia punya mengantuk. sambil jalan pun terasa terhuyung-hayang. then singgah IOI Mall Puchong, nak makan tengah hari. tapi lepas makan boleh pula dia 'sambung' balik rasa mengantuk tu😂
lepas 3 hari ni, okey dah. tak ada apa-apa kesan yang teruk. korang, kalau rasa takut-takut nak bekam, try dulu buat bekam angin. yang ni tak rasa apa-apa pun. once rasa dah okey cuba buat bekam darah pula.
jangan takut. bekam ni kan sunnah. kalau tak masa kan Nabi SAW recommend kita buat demi untuk kesihatan. cubalah!
bilik rawatan. 1 room per customer. tak campur ya lelaki - perempuan.
lepas bekam, dapat secawan teh hijau panas.
macam biasa, anies buat bekam ni kat Spa Bekam ar-rayyan @ SS27 Shah Alam. spa ni ada banyak cawangan di seluruh negara. just Google je untuk dapatkan details tentang spa ar-rayyan berdekatan kediaman korang.
that's all for today. p/s lambat BW...
daaa