✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Seingat anies, kali terakhir jejakkan kaki kat MATTA (Malaysian Association of Tour and Travel Agency) Fair ni, tahun 2017. masa tu datang pun sebab nak dapatkan tiket kereta api free sebelum fly ke Taiwan.
lepas tu tak jejak dah ke sini. tambah pula lepas diorang pindah venue ke MITEC (Malaysian International Trade and Exhibition Centre). lagilah payah nak datang.
kali ni tergerak hati nak pergi sebab ada shuttle bus free. so, senanglah sikit. tak payah bawa kereta then kena parking jauh-jauh. dah laa kat area MITEC tu sesak giler bila ada acara sebegini.
selain tu, tujuan ke sini sebab nak tengok kot kot laa ada destinasi baru yang dibuka untuk warga Malaysia ni. contoh: ke Nairobi, Kenya.
tapi cari punya cari, terjumpa satudestinasiyang kiranya pertama kali anies dengar: Murmansk @ Rusia.
kalau sebut Lapland, Finland rasanya semua orang dah tahu... ni lokasi popular nak tengok aurora. then Murmansk ni pun kira sama jugalah macam Lapland. destinasi layan aurora...
dan lagi satu, anies jumpa booth tour agency dari Bhutan! you know kan... Bhutan ni agak strict nak terima pelancong. tapi bila dia dah buka peluang macam ni, tiba-tiba anies pula yang excited! yang entertain kat booth tu pun orang Bhutan sendiri! tapi... bila tengok harga pakej dia... fuh! gigil mak, noks! harga dah sama macam pergi Lapland!😂
then anies jenguk-jenguk jugalah pakej ke negara-negara @ Amerika Selatan. pakejnya memang ada tapi tak banyak agensi yang offer. jangan tanya harga. boleh tercekik dibuatnya😂 contoh, 3 negara: Ecuador, Colombia dan Bolivia. RM40K++ ko! fuhhh... jual buah pinggang pun tak lepas ni😂😂
selain destinasi baru, anies juga cari itinerary. ada tour agency yang sediakan itinerary FOC (tapi kena pandai tanya). bila ada itinerary ni, kalau kita nak pergi Mongolia contohnya. just refer je itinerary tu. adjust sikit ikut kesesuaian fulus bajet dan kemampuan. haa... tu laa antara kelebihan MATTA Fair ni😂
dan macam biasa, ada beberapa keping foto yang sempat anies rakam untuk tatapan korang yang tak sempat nak ke sini minggu lepas.
main entrance MITEC. naik shuttle bus kat depan pintu masuk. ko rasa? dari kena parking jauh-jauh sampai ke Masjid Wilayah tu, baik laa kau naik shuttle bus je. dah laa free. tak payah nak fikir jammed, trafik bagai...
lobi MITEC👆👇
nak pergi mana dulu? anies start dari level 1.
LEVEL 1
entrance level 1
kat dewan level 1 ni dipenuhi produk pelancongan domestik. semua 14 buah negeri (wakil) kat Malaysia ni ambil bahagian. tak ketinggalan juga ada majlis perbandaran turut serta seperti Perbadanan Putrajaya. produk pelancongan domestik yang 'paling laku' adalah taman tema. almaklum laa minggu depan kan dah start cuti sekolah.
bagi orang dewasa pula pakej seperti glamping, jungle tracking, hiking etc yang banyak diserbu. berpinar biji mata tengok pakej menginap kat Taman Negara bermula serendah RM150!
ada ruang untuk berehat, buat aktiviti sampingan etc kat sini.
booth makanan dan minuman pun ada... kat luar kawasan MITEC ada food truck.
short video @ level 2
LEVEL 2
entrance level 2.
kat level 2 ni khas untuk mereka yang nak beli pakej pelancongan luar negara. sebut je nak ke mana? pakej ke bulan je yang tak ada😂😂
nak beli tiket flight, nak tanya itu ini fasal tiket, datang je ke level 2. tapi secara peribadi anies tak galakkan korang beli tiket flight kat sini. better tunggu offer. tapi kalau malas nak tunggu, beli je kat sini.
produk pelancongan Muslim pun dah banyak. cari je Muslim friendly travel. banyak dah para agensi tawarkan... pakej yang 'no shopping visit' pun ada juga.
tiket flight domestik ke... antarabangsa ke... semua ada kat sini. $$ je yang tak berapa nak ada😂
masa nak keluar, ternampak artis Nabila Razali tengah diwawancara. dia ni duta Taiwan travel...
ni laa yang anies cakap kat atas tadi. pakej travel ke benua Amerika Selatan. fuhh... yang Mexico tu sedap pergi ke sana time World Cup nanti...
dear blogger JP Alexander: ¿por qué es tan caro visitar tu país? 😅😅
short video @ level 2
LEVEL 3
main entrance level 3
kat level ni, booth terdiri daripada agensi pelancongan dari negara luar seperti Korea Selatan, Jepun, Türkiye, Indonesia dan lain-lain.
contoh, korang nak dapatkan info makanan halal kat Jepun untuk solo travel. so datang je ke sini. ada berpuluh pamplet disediakan untuk korang refer.
Türkiye tourism agency....
kat sini juga booth untuk mereka yang nak cari pakej umrah& ziarah...
insya Allah... mudah-mudahan rezeki tahun depan menyebelahi... doakan anies, ya...
anies naik shuttle bus kat sini. depan Sunway Putra Mall. satu lagi pick-up point kat KL Sentral.
well tu je laa perkongsian untuk hari ni... lambat BW🙏🙏 apa-apa pun terima kasih tinggalkan jejak🫰
thanks for reading
daa