Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Nasi arab best @ Madfoon Palace

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Masa belek2 kamera kelmarin,
tiba2 ternampak gambar2 ni.
'pap!' (tepuk dahi sendiri)

aiseehhh... macam mana boleh terlupa ek?
tu la padahnya...
makan kepala ikan bertan2.
^_^

cerita makan2 nasi arab ni rasanya
dah lebih sebulan berlalu.
usai event di PWTC, lazimnya
bos akan bawa kami makan2.
terima kasih bos!
(kami senyum sampai ke telinga)
masakan tak senyum...
makan free...
sapa yang tak suka kan? kan?

okey, ni la tempatnya.
lokasinya senang je.
terletak di Lorong Kedah,
Pusat Bandar Melawati, KL.
(belakang Wisma LJT)
waktu operasi, 10 pagi- 10 malam (setiap hari)

deko di dalam Madfoon Palace.
kalau nak feeling2 macam tengah makan kat 
Burj Al-Arab, oh... silakan... silakan!
tak tahu Burj AL-Arab?
google la sendirik!

wajah2 yang sarat dengan kesabaran
walaupun jauh di lubuk hati perut sedang
mengerang menanggung kelaparan.

di kala ini, segala kesopanan dan kesusilaan
hanya tinggal dalam Rukunegara sahaja.
wa cakap lu!!
ini punya nasi arab,
Nora kasi 5 bintang!
nasi dia = mabeles!
daging kambing = lembut bak hang!
tak de bau langsung!
ayam dia = perrghhh...
boleh jilat pinggan!

tak percaya?
acu tengok gambar ni!
masing2 lupa daratan dan lautan
bila dapat nasi arab.

bila perut dah kenyang...
so apa lagi?
sesi gosip menggosip la...

dessert.
entah apa namanya.
macam puding karamel.
sedap tapi manis melenting!
makan sesudu je dah give up.


BTW, terima kasih bos kerana belanja kami.
semoga murah rezeki bos...
Alhamdulillah... sangat2 sedap nasi arab ni.
sampai je opis mata kami jadi layu.
mengantuk giler... ;-) 

so, kepada penggemar2 nasi arab,
silalah terjah ke sini.
maaflah kalau tanya tang harga.
anies memang tak tahu...
tapi dari cerita yang anies dengar,
untuk satu set nasi arab
cuma dalam lingkungan RM25 - RM28.
standard la tu kan harganya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles