✿...السلام عليكم✿
Bagi peminat bola sepak (macam mem besar blog ni)
WC 2014 sememangnya event yang ditunggu2
pada setiap 4 tahun sekali ni.
team mana yang akan bergelar juara?
of coz la anies akan pilih Deutschland.
ops! bukan Dutchman ya...
walaupun Germany kehilangan Marco Reus,
tapi bukan penghalang untuk mereka
mara sekurang-kurangnya ke peringkat SF.
go Die Adler!!
okey. fullstop pasal WC.
hari ni just nak share tentang aset2 yang
dimiliki pemain2 (bekas) bola sepak ternama dunia.
tak dinafikan, dengan pendapatan yang
beribu2
sememangnya mampu memiliki aset2
keduniaan walaupun hanya berbekalkan
sijil Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
jom kita tengok 10 pemain terkenal
dan rumah agam mereka.
cekidaut!
10. Kaka
pemain Brazil ini membeli rumah agam bernilai $3m ini
selepas berpindah dari AC Milan pada tahun 2009.
terletak di Madrid dan kini menjadi milik Gareth Bale
selepas Kaka tidak lagi bermain untuk Real.
9. Andres Iniesta
rumah yang berharga $4.6m ini dibina pada 2005 dan
mempunyai 5 bilik tidur, sebuah kolam renang dan mini gereja.
namun Inesta dilaporkan menjualnya kerana dikatakan berhantu.
8. Lionel Messi
rumah berharga $5m ini turut dilengkapi sebuah
pawagam, spa dan indoor football pitch.
7. Mario Ballotelli
rumah ini sebenarnya disewa oleh beliau
dengan bayaran sebanyak $13, 495 sebulan.
rumah berharga $5m ini dilengkapi
indoor pool, pawagam mini dan
di dindingnya dihiasi pelbagai deko menarik
tentang pemain Itali ini.
6. Cristiano Ronaldo
rumah ini dibeli ketika beliau
bermain untuk MU pada tahun 2006 dengan harga $6m.
sekarang rumah ini dijual kepada
sesiapa yang berminat (plus yang mampu!)
5. Frank Lampard
rumah 2 tingkat yang berharga $7m ini dibina
di atas sebidang tanah seluas 19, 500 kaki persegi.
mempunyai 12 bilik mandi, 9 bilik tidur, kolam renang
dan sebuah boat dock. rumah ini turut
dilengkapi gelanggang tenis,
rumah tetamu, padang gof mini dan
sebuah long driveway.
4. John Terry
rumah ini dilaporkan memiliki
akuarium di bawah tanah dan pawagam mini.
harga di pasaran bagi rumah ini adalah $7.5m.
namun ketika menerima brochure daripada agen,
beliau menyatakan tidak berminat untuk
membeli kerana lokasinya yang tidak strategik.
3. Didier Drogba
rumah berharga $14.5m ini dibina
di atas tanah seluas 8600 kaki persegi pada tahun 2007.
memiliki 8 bilik mandi, 7 bilik tidur mewah,
sebuah bilik khas untuk trofi serta beberapa
buah bilik lain khas untuk anak-anaknya.
2. Wayne Rooney
rumah berharga sekitar $17.83m ini terletak
di Cheshire dan dikelilingi rumah rakan2 sepasukan beliau.
ketika berpindah, beliau telah menghabiskan
sebanyak $1.57m hanya untuk sebuah
lagi mansion kecil di sebelahnya.
1. David Beckham
rumah yang diberi nama Beckingham Palace
ini dibeli pada tahun 1999 selepas mengahwini
Victoria Adams dengan harga $20m.
sumber
p/s ya Allah ya Tuhan kami...
permudahkanlah urusan pembelian rumah kami...
Amin...