✿...السلام عليكم✿
Mula2 kenal roti titap ni
masa tertengok Majalah 3.
masa tu Mazidul dok tayang2
roti ni semasa dia berkunjung ke
salah sebuah warung yang agak
pemes kat Kelantan iaitu Kopitiam Kita.
bila tengok roti ni, tetiba terfikir...
kenapa sepanjang duduk kat Kelantan,
anies tak tahu pun tentang kewujudan
roti ni ek??
kesian...
sejak tu, ada jugalah usha2 kedai2
roti kat KL ni semata2 nak cari
roti macam yang ditunjukkan dalam
Majalah 3 tu.
pusing punya pusing, akhirnya jumpa roti ni.
laa... dekat je... kat dalam JJ rupanya.
sebungkus cuma 4 keping je.
tapi sekeping roti tu ketebalannya
bersamaan 2 keping roti biasa.
so setiap kali pergi ke JJ,
pasti anies akan angkut sebungkus.
roti ni expired date nyer kejap je.
so kalau nak 'lanjutkan' expired date nyer,
simpan je dalam peti ais.
seminggu selepas tu
still boleh makan lagi.
dah lebih 2 minggu berpuasa ni,
boleh dikatakan tiap2 hari anies
bersahur dengan roti titap ni.
bezanya dengan menu kat Kopitiam Kita tu,
anies tak letakkan kaya.
just letak telur separuh masak
dan lepas tu makan dengan sos cili.
sekeping je dah kenyang.
kalau malas or terlajak tidur,
just bakar je.
bila nampak dah hitam sikit,
terus je ngap!
oh, ya... nak buat roti titap ni senang je.
sapu je planta atas roti dan bakar 2-3 minit.
pada masa yang sama, rebus telur.
dalam tempoh 10 minit dah boleh
hadap roti titap ni.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pagi ni, bising2 budak2 kat opis
pasal 'minah CDM25'.
aduyai.... penangan media sosial...
sekejap je kena troll, viral etc.
anies bukan nak troll budak ni
or nak 'menambahkan minyak'
yang sedia ada ni.
cuma mampu menggeleng bila tengok sikap yang
ditunjukkannya lebih2 lagi kita sedang berpuasa ni.
so, harap2 apa yang dah berlaku ni,
usah kita menambahkan lagi dosa sedia ada.
lihatlah apa yang terjadi ni sebagai
sempadan untuk kita agar berfikir lebih
waras dalam setiap tindakan.
mana tahu kan, esok lusa kita pulak
diuji lebih dahsyat daripada 'CDM 25' ni??
who knows rite?
sesi BW terpaksa ditangguh kerana line tenet tengah nazak...