✿...السلام عليكم✿
“Macam mana? jadi tak ni?” soal officemate aku.
“err... boleh ke ni?”
“ish, apa pulak tak bolehnya?”
“aku... seganlah...”
“nak segan mende nyer...
bukan ada sesiapa pun kat rumah aku tu.
hah, macam ni. kalau kau rasa segan,
kau duduk je dalam bilik bila ada orang datang...”
cadang officemate aku.
“kalau aku duduk je, nanti apa pulak kata family kau...”
aku kurang bersetuju dengan cadangannya itu.
walaupun dia kawan aku, tapi aku masih ada adab.
aku tak sesekali bersenang lenang
di rumah orang lain dan buat rumah tu macam rumah aku.
no, no!
"alaa... rileks laa... aku pun macam tu juga bila balik kampung."
aku terdiam dan tak tahu macam mana nak membalas.
"hah, tak pun... kau ikut aku.
kita ronda-ronda satu kampung. macam mana?"
aku memikirkan sejenak cadangan itu.
"boleh juga..." jawab aku yang sebenarnya masih teragak-agak
maklum sahajalah, ini kali pertama aku beraya di halaman
orang dan kali pertama juga aku merayakan Aidilfitri!
tak percaya? tapi... silalah percaya!
tahun ni merupakan kali pertama aku menyambut lebaran.
“hah, kau biar betul ni?” soal officemate aku pada suatu hari.
aku mengangguk.
“kau tak pernah beraya since kau darjah 3?”
aku mengangguk lagi.
"lepas mak aku meninggal, aku tak pernah beraya."
“maknanya, dah lebih 30 tahun kau tak beraya?"
kepalaku angguk lagi.
aku lihat, kawan aku ketawa dan menggeleng.
mereka tak percayalah tu!
“habis tu, selama ni kau beraya macam mana?”
soal kawanku yang lain.
“yelah... pagi raya kau buat apa?
tak kan kau tidur sampai ke petang?”
soal kawan aku yang duduk di meja sebelah aku.
aku tersenyum.
“aku tak tidur. aku pergi solat raya tapi lepas tu aku duduk je kat rumah.”
“kau tak pergi beraya?”
“tak pernah!”
“masya-Allah....” serentak kedengaran kawan-kawanku seperti mengeluh.
“habis tu, duit raya? kau tak pernah dapat?
kau tak pernah beri?”
aku menggeleng dan mereka juga turut menggeleng.
“baju raya?”
“tak pernah ada!”
“hah, kau ni biar betul?
apa.. selama ni kau beraya kat dalam hutan ke?”
aku ketawa sambil menggeleng.
“aku pergi ke masjid pakai t-shirt dan kain pelekat je...”
“orang lain tak pandang kau ke?”
“entah...”
selepas itu, kawan-kawan aku berborak sesama mereka.
topik hangat tentulah pasal aku yang tak pernah beraya ni.
eh, besar sangat ke masalah aku tak pernah beraya ni?
“macam ni la... kau ikut aku balik kampung dan beraya.
memandangkan beberapa bulan yang lepas,
abah kau dah meninggal, so kau cakaplah dengan
family kau yang kau nak beraya dengan aku.
macam mana?”
aku terdiam seketika.
“nantilah... aku fikirkan...”
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ini adalah cerita benar tapi
ianya bukan berlaku pada anies.
ia berlaku pada someone yanganieskenal.
memula dengar pasal hal ni, memang terkejut jugalah.
yelah... bunyi macam selama ni dia duduk kat oversea.
tak pernah beraya. tak pernah ada baju raya.
tapi tak tahulah pulak sama ada dia pernah makan
ketupat, lemang, kuih raya etc. atau sebaliknya.
nak kata dia datang dari keluarga miskin, tak juga.
sebab dia duduk di kawasan perumahan.
nak kata dia tak ada pendapatan,
mustahillah sebab dia ada kerjaya dan
masih belum berkahwin.
apa2 pun, harap2nya setelah dia beraya di halaman
orang pada raya yang lepas, tahun ni dia bersemangat sikit
nak beraya. at least ada beli sehelai baju dan
merayakan bulan kemenangan ini bersama family.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih YAB Nuffnang yang sudi beri
duit raya walaupun mem besar blog ni,
mood dia ke laut sejak akhir2 ni.
BW pun jalan sekali harung!
btw, terima kasih Nuffnang!
dan di kesempatan ini, anies ingin mengucapkan
selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
segala silap dan salah yang dilakukan
sama ada sengaja atau pun tidak,
mohon setulus hati agar diberi kemaafan.
yang pulang beraya, semoga selamat
pulang dan selamat kembali.
hati2 di jalan raya!