✿...السلام عليكم✿
Memang sengaja anies'ikan pekasam'kan
entry ni. alaa... raya kan sebulan. kuih raya
kat dalam balang tu pun masih boleh makan
kan? apatah lagi entry yang suam2 kuku
eceh!
raya tahun ni, nak kata meriah sesangat
tu, tak ada laa... nak kata tak best sesangat
tu... bohonglah... so 50 : 50 sambutannya.
family members, tahun ni boleh dikatakan
hampir semua beraya di kampung. so, petang
raya memang meriah tak hengat laa...
tambah2 pulak... masing2 tak sabar nak tunggu
budak ticit ni...
nak kata baby raya tak juga. sebab dia menjengah dunia 4 hari sebelum raya. so, consider baby raya juga la yek! lahir kat salah sebuah hospital di Bangi (lupa namanya) dengan berat 2.71kg, Sarah'selamat balik kampung' pada masa kitorang tengah busy mengacau dodol. yap, namanya pendek je... Sarah. cucu ke 26 dalam family kami. tapi masa petang raya pertama, Sarah kena kuning dan jam tu juga pergi hospital. yang best nyer... balik hospital terus pergi Mydin!! apakah??
kek raya ke? boleh laa kot... sebab celebrate birthday mem besar blog ni, mak cik-mak cik anies yang tersayang tu dengan murah hatinya telah sponsor ketiga2 kek ni. Alhamdulillah... semua dapat merasa. yang tak dapat tu, tercari2 kat dalam peti ais. mmm... tinggal kotak je laa...
beberapa hari sebelum raya, Encik Prudential hantar kad ni. ingatkan kad raya. rupanya kad birthday... senyum sorang2 sebab rasa macam dah lama tak dapat kad ni. btw, terima kasih Encik Prudential!
TERIMA KASIH DAUN KELADI kepada bloggerKaty R'bain, Vee Sandi, Amanina dan Hafiza Aizzawa yang sudi mengirimkan kad raya ni... terharu ia ols!!! tahun lepas punya kad raya daripada Henrietta Jose dan Acik Riotaro pun aniestak balas sebab terlupa sangat2. minta maaf ya Acik dan Rietta! apa2 pun TERIMA KASIH! oh, ya! jangan lupa, singah2 la ke blog diorang ni yek!
accident ni berlaku pada raya keempat (kalau tak silap). kazen anies, nak pergi beraya dengan adik-beradiknya. sebelum masuk ke satu simpang ni, dia dah beri signal. tiba2 datang seorang budak menunggang motor, muncul sebelah dia. kereta bergesel sikit dengan motor tu tapi budak tu terus melompat! kazen anies yang panik ni terus mengelak budak tu dan dummm!! langgar tiang! budak motor tu parah juga kerana tulang rusuk tertusuk limpa. ayah budak tu marah sesangat kat pak cik anies sebab kononnya telah melanggar anak dia sampai parah. tapi dia tak boleh buat apa2 sebab anak dia, di sisi undang2 memang salah 100%. sebab apa? first, tak pakai topi keledar. kedua, tak ada lesen. ketiga, masih di bawah umur dan keempat, motor tu kemungkinan motor curi! hah, hambik! lengkap punya kesalahan!
hadiah raya... eh, bukan! hadiah birthday kata si pemberi. THANK YOU LALLING!
shawl raya... boleh gitu? raya tahun ni mencipta sejarah apabila mem besar memakai shawl buat pertama kali. seumur hidup tak pernah pakai shawl sebab tak ada nafsu nak pakai... hahaha... tapi sebelum raya tu, terjengah kat FB Bella Ammara dan ternampak shawl ni. terus je order sebab tengok saiznya yang panjang dan lebar. sangat2 kena dengan taste anies yang tak nak pakai inner neck. bila dah pakai, rasa macam... best nyerr... nak kena order lagi ni! ;-)
tu je la kot cerita raya anies.
mana gambar ramai2?
tahun ni tak sempat nak snap.
tak tahu laa kenapa tak sempat...
tahu2 je, dah malam. esoknya masing2
dah tinggalkan kampung...
kalau nak tengok juga, tunggu
raya tahun depan ek? ^_^