✿...السلام عليكم✿
Sinopsis
Kisah bermula apabila Lucy (Scarlett Johansson),
seorang pelajar yang tinggal di Taiwan telah disuruh
oleh Richard untuk menghantar 'barang' kepada
seorang lelaki bernama Mr. Jang. pada mulanya
Lucy enggan berbuat sedemikian tetapi terpaksa
melakukannya selepas dia digari oleh Richard.
sebaik sahaja bertemu dengan orang
suruhan Mr. Jang, Richard ditembak mati dan
Lucy ditangkap oleh mereka.
Lucy yang ketakutan berusaha untuk membebaskan
diri tetapi tidak berjaya. selepas menyaksikan
seseorang dibunuh oleh Mr. Jang, Lucy telah
ditawarkan kerja oleh Mr. Jang iaitu sebagai
keldai dadah bersama 3 orang yang lain.
dadah yang hendak diedarkan itu perlu disimpan
di dalam perut melalui pembedahan. Lucy, tanpa
sedar telah dibedah tanpa pengetahuannya.
ketika ditangkap, perut Lucy telah ditendang beberapa
kali sehingga menyebabkan bungkusan dadah di dalam perutnya
'pecah' dan aktif. kesannya, dadah itu telah menukarkan
Lucy daripada seorang perempuan yang biasa kepada
seorang yang luar biasa dengan kemampuan
boleh menguasai minda dan otaknya hingga 100%
berbanding otak manusia biasa di mana kemampuannya
hanya sekitar 8 - 10% sahaja.
my review
selepas menonton, apa yang anies boleh simpulkan
filem ini mirip filem The Matrix. bezanya
filem ini tiada superhero yang perlu menyelamatkan
manusia, bumi atau alam yang lain.
filem ni juga bagi anies, umpama kita sedang
menelaah buku fizik dan biologi. so, bagi mereka
yang sukakan filem yang 'memerlukan otak'...
bolehlah layan filem ni.
jalan ceritanya ringkas dan straight to the point.
cuma di 15 minit terakhir, plot cerita berlangsung
begitu pantas dan 'terpaksa' buat kesimpulan sendiri
kenapa Lucy tiba-tiba 'diserap oleh komputer'.
penampilan Choi Min-Sik (pelakon Korea) sebagai
Mr. Jang - pada pandangan anies, kalau wataknya
dijadikan 'lebih jahat' lagi, mungkin cerita ni
lebih 'kick' daripada cerita2 yang seumpama dengannya.
dari 5*****, anies beri 4**** 1/2.
cerita ni tak bosan. ada adengan ngeri, suspen dan paling
best bagi anies, ada sesuatu yang dapat dipelajari iaitu
bagaimana otak kita, meskipun saiznya kecil tapi
kemampuannya mampu menggegarkan alam ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TERIMA KASIH BANYAK2
kepada pihak Nuffnang kerana
memilih anies sebagai salah
seorang pemenang untuk menghadiri
tayangan perdana ni.
tiket.
sama macam sebelum ni, sesat sekejap dalam OU.
goodies button badge.
boleh buat koleksi pasni ;-)
Alhamdulillah... melekat lagi.
terima kasih Nuffnang!
tenggek lama2 tau!
sebelum terlupa, TERIMA KASIH kepada yu ols yang sudi klik
mana2 adv. kat blog ni!
may Allah bless u!!
ada cerita sensasi antara anies dan Encik Nuffnang. nak tau apa dia? tungguuuuuu