✿...السلام عليكم✿
Sinopsis
Mia dan John bakal menimang cahaya mata pertama.
bagi menambahkan kegembiraan si isteri, John telah
menghadiahkan sebuah patung yang selama ini
dicari2 oleh isterinya bagi melengkapkan koleksi
anak2 patung yang dimilikinya. suatu malam,
ketika sedang tidur, Mia terdengar bunyi dari rumah
jirannya. apabila dia meminta John menyiasat
apa yang terjadi, barulah mereka mengetahui
sebenarnya jiran mereka telah dibunuh. menurut
polis, pembunuhan itu dilakukan oleh anak
jiran mereka (Annabelle Higgins) yang hilang
kerana mengikut ajaran sesat bersama2
teman lelakinya. apabila Annabelle meninggal,
rohnya berkeliaran mencari mangsa. sasarannya
adalah anak kepada Mia dan John iaitu Leah.
meskipun sudah berpindah ke rumah yang lain,
roh Annabelle masih menghantui mereka dan
menggunakan patung (yang dihadiahkan oleh John)
untuk menakut2kan Mia. Mia dan John meminta
bantuan daripada jiran mereka Evelyn dan
Father Perez untuk menghentikan 'buruan' roh
Annabelle itu, namun harus ada 'pengorbanan'
nyawa bagi menghalang roh Annabelle terus
berleluasa.
my review
Before The Conjuring, There Was Annabelle
merupakan tagline bagi filem ini. maksud yang
tersirat adalah yu ols harus menonton The Conjuring
sebelum menonton filem ini. but honesty,
anies memang tak pernah tengok lagi The Conjuring.
so anies tak dapat nak bandingkan 'keseraman'
cerita ni dengan The Conjuring.
dari segi jalan cerita, ianya statik je.
hanya berkisar kepada Mia, John, Leah
dan roh Annabelle. so, yu ols tak perlu
nak fikir2 kenapa jadi macam ni kenapa
jadi macam tu.
cerita seram kalau tak de sound effect
memang tak lengkap. tapi cerita ni
agak 'kureng'dengan sound effect yang boleh
membuatkan jantung terkeluar or menjerit2 sampai
nampak anak tekak.
part2 berdarah sana berdarah sini
pun tak banyak sangat. elemen suspen
tu pun tak berapa nak suspen sebabnya
'suspen'nya tu macam dah boleh agak.
contoh, ketika Mia masuk ke dalam lif untuk
melarikan diri daripada hantu, lif tu tak
bergerak2 walaupun dia dah tekan butang lif
tu berpuluh kali.
so kalau nak tahu cerita seram ke tak,
boleh luruh jantung ke tak...
yu ols kenalah tengok. apa yang anies share
kat sini hanyalah sekadar pendapatanies
yang tak berapa nak terer dalam bab2
mengulas filem ni.
filem ni akan menghantui pawagam seluruh negara
mulai esok (2 Oktober 2014)
daripada 5*****, anies beri 31/2***
kalau sebelum ni cuma dapat 2 pass dan button badge, tapi semalam Nuffnang kasi mask patung Annabelle... kalau ada sesapa nak sewa mask ni, boleh je roger2anies... ^_^
Alhamdulillah... walaupun update / BW tak sekencang yu ols, tapi Nuffnang menten menghulur... terima kasih daun keladi!
bila tengok poster filem ni, rasa macam nak pergi tengok je... tapi sebelum tu, nak tanya juga rakan2 blogger dari seberang... macam mana jalan ceritanya? okey ke tak okey?? boleh beri berapa bintang??
SESIAPA NAK TIKET FREE UNTUK MOVIE NI, KLIK KAT SINIYA!
p/s kepada kak ngah Humaira, selamat hari jadi...
semoga menjadi anak yang solehah,
kebanggaan mama dan papa...
jangan buli adik baby tau... ciannn dia...
bulan 10 ni, agak 'padat' dengan tugasan. dan besar kemungkinan aktiviti berblog ni akan jadi slow. tapi apa2 pun, yu ols yang dah tinggalkan jejak di sini, anies akan cuba membalasnya satu persatu. Insya-Allah...