✿...السلام عليكم✿
Genap seminggu blog terbiar, berlumut dan mereput.
agak2nya kalau ditinggalkan lebih daripada tu,
mungkin berulat kot? ^_^
well, malas nak intro panjang2... anies
rangkumkan sekali harung cerita-ceriti
sepanjang minggu.
cekidaut!
KHAMIS 2/10/14
dari pagi sampai ke tengah hari, sana sini orang dok pot pet pot pet pasal kenaikan harga minyak. macam2 versi. macam2 pendapat. tak kurang juga ada yang cuba menjadi keyboard warrior. ni, dah lepas seminggu, senyap dah cerita pasal harga minyak. oh, ya... pic kat atas ni tak ada kena mengena dengan kenaikan harga minyak. cuma nak tayang2 dua jenis kuih ni yang agak kerap juga la anies membelinya (nak buat jangan harap laa...) sagu gula melaka dan satu lagi ni diorang panggil kuih Indonesia... entah betul ke tidak...
JUMAAT 3/10/14
kami terima pengkhabaran gembira apabila sekali lagi diberi amanah untuk bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghasilkan buku teks dan anies salah seorang yang akan memikul amanah ni. btw, bukan buku teks macam kat dalam gambar ni ye... so, lepas ni bermulalah episod 'tidur kat opis' untuk menyiapkan kerja2 ni. memang penat tapi bila dah siap, rasa sangat2 berbaloi dan bertuah. wish me all the best ya!
SABTU 4/10/14
hari ni, jemaah haji dah pun menyambut hari raya aidil adha. tapi kat sini... anies baru terhegeh2 nak balik kampung. alhamdulillah, perjalanan okey walaupun sedikit sesak. sampai je kat rumah... terus singsing lengan and buat kerja2 yang dah sedia menunggu. tahun ni, ubah sikit menu. yang ni, rendang ayam pencen. yang daun besar2 tu adalah daun nangka. tujuannya? nak lembutkan daging ayam. faham2 je laa... daging ayam pencen ni kan liat semacam kalau tak kena cara memasaknya. selain ayam, yu ols juga boleh gunakan untuk masak daging.
AHAD 5/10/14
Selamat Hari Raya Aidil Adha! tahun ni, agak sunyi sikit rumah anies ni sebab ramai yang tak balik. so, aktiviti sepanjang hari hanyalah makan tidur, makan tidur main games je... ^_^ sebelah petang, kami ke rumah saudara yang mengadakan kenduri arwah. bila dah sampai kat rumah saudara ni, jumpa yang lain2... terasa macam Raya Aidil Fitri la pulak!
ISNIN 6/10/14
hari ni, cuti ganti. lepas asar, kami sekeluarga ke sini untuk celebrate birthday someone yang juga jatuhnya pada hari ini. next entry anies share pasal ni, yek!
SELASA 7/10/14
anies cuti lagi hari ini kerana cuti ganti. so, boleh bermalas-malasan atas katil sampai pukul 12 tengah hari! eh... tak ada laa sampai cam tu... hari ni kena bersiap2 sebab kejap lagi dah kena balik KL. dalam pukul 3PM++, anies dah bertolak dan sampai KL lebih kurang 7.30PM. perut dah berdondang sayang minta diisi. mmm... nak makan apa ek? tekak rasa macam nak makan yong tau foo sup... so, anies terus drive ke JJ dan..... ngap!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
last but not least, anies nak tolong promote
3 giveaways yang dianjurkan oleh sahabat2
blogger kita ni. semuanya sedang berlangsung
dan hadiah2 yang disediakan sangat ohsem okey!!
so, kalau nak join, klik je banner2 kat bawah ni yek!
all the best ya!
sesi BW sedang berlangsung. tunggu kedatanganku ya... ;-)daaa...