✿...السلام عليكم✿
Entah macam mana boleh tertekan publish
sedangkan baru je nak karang2 ayat.
aduyai... penangan tak update seminggu
jadi macam ni laa... sasau 47 saat.
penghujung bulan lepas, Nuffnang ada send
email dan memberitahu bahawa anies
dapat 2 pass VIP untuk tayangan perdana
The Book of Life.
tak sangka... dalam banyak2 review yang
anies buat, review tentang filem The Boxtroll
yang terpilih. (entry nyer kat SINI)
makanya, Selasa hari tu berangkatlah kami ke
TGV 1Utama untuk menyaksikan filem animasi
arahan Guillermo Del Toro ni.
oh, ya... apa maksud 'tetamu VIP' ni?
tak ada maksud istimewa. cuma kami dapat
pass masuk FOC tanpa join apa2 contest
dan duduk di seat belakang. tu je... kalau ada
yang terfikir tentang karpet merah... oh, no no...
filem ni memang menarik. mengisahkan
3 orang sahabat dari kecil; Maria, Manolo dan
Joaquin. Manolo dan Joaquin berusaha untuk
memenangi hati Maria meskipun selepas Maria
merantau ke Europe. sekembali Maria ke San Angel,
'pertaruhan' untuk memiliki Maria semakin
hebat sehingga Manolo sanggup mati demi
Maria. apa yang akan terjadi kepada Maria?
adakah dia akan memilih Joaquin sebagai suami
setelah kematian Manolo? apa pula peranan
La Muerte dan Xibalba antara Maria,
Manolo dan Joaquin?
nak tahu ceritanya, pergilah tengok sendiri ya... ^_^
tayangannya bermula hari ini. boleh bawa anak2
sekali sebab filem ni sangat berwarna-warni
dan mencuit hati.
so, terima kasih Nuffnang dan selamat menonton!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
semalam pihak Nuffnang ada callanies.
rupa2nya anies terpilih untuk join program ni:
tapi sayangnya... anies terpaksa menolak
sebab clash dengan waktu bekerja. masa
register hari tu, memang tak perasan langsung
yang program ni berlangsung hari Jumaat (esok).
lepas register tu barulah nampak details nyer...
aduyai... tak pe laa.... mungkin rezeki akan
datang. kepada blogger2 yang terpilih ke
program ni, nanti share la ye dengan kami!
BW semakin susut tapi akan cuba bertatih meskipun lewat...