Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Raikan Thaqif @ Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung, Melaka

$
0
0
✿...السلام عليكم✿


Thaqif a.k.a Sonjol a.k.a anak abah ni punya birthday
jatuh sehari selepas Aidil Adha (6hb 10). walaupun
dah masuk 8 tahun, tapi dia punya manja... alahai...
kena sakat sikit dah berjurai2 air mata... mengalahkan
budak pompuan! tapi kitorang pedulik hapa!
sakat tetap sakat. bila mak dia memetir... masing2
diam menikus... hehehe...

back to the title... pada hari kejadian, lepas asar
kami pun bersiap2 untuk ke Muara Sg. Duyung ni.

kalau nak cari lokasinya, senang je... lebih2 lagi
dah ada Google Street View ni kan... taip je
terus dapat.

jom layannzzzz....

sebelum tu, meh kita jamu mata dengan view kat Muara Sg. Duyung ni. dah banyak perubahan. dulu2, penuh dengan hutan bakau je...

tak payah bimbang dengan parking lot. kat sini kawasannya luas. nak angkut satu bas makan kat sini, no prob laa...

kat luar resto, ada gerai2 kecil yang menjual pelbagai jenis barangan. bagi yang datang dari jauh tu, boleh laa angkut satu dua barang buat kenangan. harga? mmm... tak dan pulak anies nak tanya...

resto kat sini cuma ada satu je. so tak yah pening2 nak makan kat mana... kalau nak tahu, Jackie Chan antara celebrity yang pernah makan kat sini. selain tu, ada juga pembesar negara yang pernah menjamu selera kat sini. (ada gambarnya kat dinding resto tapi anies segan nak snap ;-)

suasana dalam resto. masa kami sampai (dalam pukul 6PM) orang dah ramai. kalau yu ols nak makan kat sini, better buat tempahan dulu. nanti pihak restoran akan sediakan tempat macam pic kat bawah ni...

majlis reunion ke, majlis kecil2an ke... contact je owner resto ni... nanti diorang siap kan dari A - Z! bila sampai je nanti, diorang hidangkan dan boleh ngap terus!

ada sesetengah orang bimbang nak makan kat tepi sungai or tepi laut sebab 'pencemaran bau'. but kat sini, don't worry... tak ada bau2 ni... yu ols boleh makan dengan tenang dan aman...

nasi lemak dan kicap wajib ada. kalau tak ada, memang tak ngam laa dengan tekak ni... tak kan nak ratah ikan je kan... (sorry, kamera tengah sewel time ni)

siakap masak sweet sour dan bakar... dua2 Nora kasi 5 bintang! ikannya fresh dan masakannya pun ada ummpphhh!

yang ni anies bedal sungguh2! kupang rebus halia... perrghhh terasa macam isi kupang tengah bergolek2 je dalam mulut ni...

kangkung goreng belacan. tak tahu laa apa yang tak kena... hari tu, pedas sikit.

sotong goreng tepung yang mabeles! tak payah cicah dengan kicap. ngap gitu2 je...

last but not least... budak Sonjol yang tak sabar2 nak potong kek...


FOR MORE INFO, CLICK HERE.

BAJET 2015 akan dibentangkan pada petang ni. mmm... agak2nya tagline 'BAJET MESRA RAKYAT' masih relevan ke?

daaa...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles