✿...السلام عليكم✿
(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, dia pun berkata), 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya) ta'birkanlah kepada kami (seorang yang bermimpi dan melihat), tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau seta tujuh tangkai lagi yang kering (ta'birkanlah) supaya aku kempada kepada orang yang mengutusku itu, semoga mereka mengetahui ta'birnya.'
Yusuf menjawab, 'hendaklah kami bercucuk tanam bersungguh-sungguh selama tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai itu, tinggalkanlah sedikit pada tangkainya daripada bahagian yang hendak kamu makan.'
"Kemudian selepas tamat tempoh tersebut, akan datangnya kemarau dan makanan yang kamu simpan akan berkurangan kecuali hanya sedikit sahaja yang dapat kamu simpan (untuk dijadikan biji benih)"
"Kemudian akan datang pula selepas itu (tamat musim kemarau) kamu akan peroleh hujan (rahmat) dan (disebabkan hujan itu) kamu akan mendapat hasilnya) (Yusuf : 46 - 49)
>>::<<
kisah Nabi Yusuf AS sememangnya
menarik untuk dihayati. bermula
daripada dirinya dibuang oleh abang2nya
sehinggalah baginda menjadi orang
yang dihormati di Mesir, banyak
mengajar kita, sesungguhnya ketakwaan
kepada-Nya serta bersabar di atas
setiap ujian, pasti membuahkan nikmat
yang tidak terhitung.
pun begitu, entry kali ni bukan nak
share tentang sejarah Nabi Yusuf AS ya...
tapi nak share sesuatu yang dikhabarkan
berkait dengan Nabi Yusuf AS.
menurut riwayat, salah satu persiapan
yang diarahkan oleh Nabi Yusuf AS
sebelum Mesir dilanda musim kemarau
adalah membina kincir air. menurut riwayat
juga, sebanyak 300 buah kincir air dibina
untuk mengalirkan air ke kawasan2
penanaman zaitun, kurma, anggur
dan sebagainya.
namun pada hari ini, hanya 4 buah
kincir air sahaja yang tinggal. apa
yang terjadi pada 296 buah kincir
yang lain? wallahu 'alam.
kesempatan berada di Al-Fayyoum,
kami terjah ke pusat bandar di mana
lokasi kincir air ini berada. mungkin
ada yang dah saksikannya sendiri
menerusi Jejak Rasul, jadi perkongsian
ni sekadar menambah apa yang
pernah yu ols saksikan...
inilah kincir air yang dimaksudkan. terletak betul2 di tengah2 pusat bandar Al-Fayyoum, kira2 50KM dari Kaherah. tak dapat nak mengagak tentang saiznya. tapi boleh dikatakan ianya 99% diperbuat daripada kayu. menurut riwayat, warna asal kayu kincir tersebut adalah sama sepertimana ia dibina pada kira2 8000 tahun yang lalu! Subhanallah!
menurut kak ngah (petikan daripada kata2 ustaznya), suatu ketika dahulu jika sesiapa sahaja menghampiri kincir air ini, mereka akan dengar bunyi putaran kincir ini seolah2 seperti sedang bertasbih! Subhanallah! hal ini bukan sesuatu yang mustahil kerana ianya mempunyai kaitan dengan salah seorang hamba-Nya yang mulia.
tapi sekarang, bila kawasan sekitar ini dipasang dengan pagar, maka pengunjung tak dapat lagi mendengar 'bunyi bertasbih' dari kincir tersebut. hanya dapat melihat bentuk dan bagaimana ia berfungsi...
selain dipagar, kawasan sekitar kincir ini tidak diurus dengan baik. pada pandangan anies, tempat bersejarah seperti ini seharusnya diambil berat oleh pihak berkuasa. bukan kerana ia sebahagian tempat tumpuan pelancong tetapi kerana sejarahnya yang tidak ternilai pada seluruh penduduk Mesir. boleh tak bayangkan, seandainya Nabi Yusuf AS tak dapat mentafsir mimpi tersebut dan Mesir berterusan dilanda musim kemarau hingga ke hari ini?
lepas je snap gambar ni, kami terus dihalau oleh seorang peniaga di situ. katanya, kami dah mengganggu bisnesnya. pada hal, masa kami ada kat situ, cuma 2-3 orang je pelanggannya! selain sikapnya yang 'teramatlah sopan' tu, dia sempat mengugut kami. katanya: "kalau nak bergambar, kena bayar EGD5 (RM2.50)!" pastu, kak ngah merungut: "uh! macam laa kawasan tu dia yang punya! padahal masa kak ngah datang ke sini 3 tahun lepas, tak ada pun restoran ni... lapang je... tak de pagar, tak de kena bayar langsung!" mmm... kalau kat Malaysia, dapat peniaga macam ni, sure esok dah jadi viral kat FB agaknya!
p/s sebarang kesilapan fakta, mohon diperbetulkan...
semalam yang hectic... BW satu persatu...