Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1681

Ziarah makam Imam Shafie @ Kaherah : hati dipagut sayu...

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan di akhirat."

"Perbanyakkan menyebut (nama) Allah daripada menyebut (nama). perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia."

"Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan berasa gerun."

"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran (juga). bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. oleh itu, bersyukutlah kerana syukur yang sedemikian adalah setinggi-tinggi syukur."

"Apabila salah seorang antara kaum kerabat atau jiran / saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah untuk menziarahinya kerana perbuatan ini disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah."

(sebahagian daripada nasihat2 Imam Shafie - credit)

>>::<<

sebut sahaja nama Imam Shafie,
rasanya tidak perlu diperkenalkan
lagi. seorang ulama' tersohor dan
merupakan pengasas kepada mazhab
Shafie yang menjadi ikutan jutaan
umat Islam termasuklah di Malaysia.

seperti sudah menjadi kelaziman,
sesiapa sahaja yang menjejakkan
kaki di bumi Kaherah ini, pasti ada
rasa terpanggil untuk menziarahi
makam sang pencinta ilmu ini.

dilahirkan di Gaza, Palestin dan
menghembuskan nafas terakhir di
Kaherah sudah cukup memberi
gambaran bahawa sepanjang
hidupnya diabdikan untuk mengutip
ilmu. maka tidak hairanlah jika
sumbangan serta baktinya terus
mekar mewangi sehingga ke hari ini...

sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di halaman masjid, anda pasti akan ternampak papan (batu) tanda ini...

... juga dikenali sebagai masjid Imam Shafie. nampak dari luar macam dua tingkat tapi sebenarnya setingkat sahaja...

nak tahu kenapa kami rasa sayu bila sampai kat sini? sebenarnya, sebelum ni, kawasan di sekitar masjid ni teramatlah kotor. penuh sampah sarap. pendek kata memang tak terjaga laa... di atas rasa kasih dan inisiatif yang tak terhingga terhadap insan yang istimewa ini, pelajar Malaysia di Al-Azhar serta kedutaan Malaysia mengambil langkah untuk membersihkan kawasan masjid ini termasuk makam sekali, pada setiap minggu (kalau tak silap). kami tak dapat nak bayangkan kalau tempat ini terus diselubungi kekotoran sedangkan di situ tersemadinya insan yang bukan calang2 sumbangannya. mudah-mudahan inisitif ini akan berterusan sampai bila2...

di luar masjid - peta dan penerangan kawasan makam - dalam 2 bahasa: Arab dan Inggeris.

sedikit sejarah tentang pembinaan masjid Imam Shafie dan makamnya - juga di luar masjid.

pintu masuk menuju ke makam. sebenarnya nak highlight red circle tu... di atas kubah masjid ni, terdapat replika kapal pada zaman dahulu. ia membawa maksud 'kembara ilmu'yang dilakukan oleh Imam Shafie (merantau ke merata tempat untuk menuntut ilmu). hanya di masjid ini sahaja yang mempunyai kubah bereplikakan sebuah kapal...

ini makam Tuan Abdillah bin Muhammad bin Hikam - ini ke makam Imam Shafie?

yang diselubungi lampuhijau itulah makam Imam Shafie. nampak tak ada sebatang tiang di hadapan makam tu? dikhabarkan, itulah tiang yang sering menjadi tempat Imam Shafie bersandar tatkala selesai menyampaikan kuliahnya. kalau tak silap anies, tiang masjid tersebut diperoleh dari sebuah masjid di Baghdad, Iraq.

close up makam Imam Shafie...

bersebelahan makam Imam Shafie, tersemadi jenazah isteri kepada panglima Islam tersohor, Salehuddin Al-Ayyubi. allahyarhamah dipanggil Malakatush-Sham (Permaisuri Sham)

sesuatu yang tak dijangka! bersebelahan kedua-dua makam ini adalah BEKAS TAPI KAKI RASULULLAH SAW! (red circle) Subhanallah! macam mana bekas tapak kaki nabi ni boleh berada di sini? menurut ustaz, bekas tapak kaki ni dibawa dari Madinah. siapa dan mengapa ia dibawa ke sini... wallahu 'alam. apa2 pun jika benar ini BEKAS TAPAK NABI SAW, tiada apa yang mampu diucapkan melainkan... Subhanallah...

ruang solat disediakan bersebelahan makam. tujuannya untuk memberi keselesaan terutama ketika solat Jumaat... sayangnya, ruang utama masjid tak sempat nak dirakamkan kerana ketika itu orang agak ramai (sedang solat Zohor)

pintu utama masjid...


sebelum beredar,anies sempat 
tanya kat ustaz... makam Imam2 
mazhab yang lain ada kat mana 
ek? kat Mesir, or luar Mesir? 
jawab ustaz, di luar Mesir tapi 
tak diketahui di mana lokasinya...


p/s sebarang kesilapan fakta, mohon diperbetulkan...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1681

Trending Articles