✿...السلام عليكم✿
Penghujung entry Kincir air Nabi Yusuf AS,
anies ada selitkan 'drama sebabak'tentang
sikap peniaga yang bertindak menghalau
kami untuk bergambar kat premisnya.
sebenarnya, bukan semua orang Mesir
yang anies temui sepanjang berada kat
sana bersikap macam peniaga tu.
ada yang peramah, ada yang sombong,
ada yang terlebih peramah dan macam2
lagi. alaa... orang kita pun macam tu
juga kan? nama pun manusia. kalau
baik je sepanjang masa, tu malaikat
namanya ;-)
tapi kes kat 'jambatan merah'(sebenarnya
anies tak tahu nama jambatan ni. tanya
kak ngah, dia pun tak tahu. so pandai2 kami
laa gelarkan jambatan ni sebagai jambatan
merah) ni lain pulak episodnya.
kebetulan, masa anies berada kat sini,
musim cuti sekolah baru je bermula. jadi
kebanyakan tempat2 pelancongan yang
anies lawati, dipenuhi dengan budak2 sekolah.
nak jadikan cerita, anies masuk toilet and
tunggu turn. agak sesak dalam toilet tu
dengan budak2 sekolah. tiba-tiba...
student: hi...
anies: hi...
student: i... Egypt! (sambil tersengih and kawan2 dia ketawa)
anies: oh, really? (sebenarnya memang dah tahu sebab tengok muka je memang sah2 orang Mesir)
student: err... you?
anies: from Malaysia. you know Malaysia? (saja nak test ilmu geografi dia)
student tu pandang2 kat kawan2 dia yang masih ketawa.
student: oh... welcome to Egypt!
anies: thank you.
nak sembang lagi tapi turn anies dah sampai.
dalam toilet, anies dengar diorang berborak
dengan kak ngah. (of coz dalam Arabic)
keluar toilet, student tu masih ada kat situ.
tak tahu laa apa yang dia tunggu. then
anies just senyum sebelum keluar. masa
nak melangkah keluar tu...
student: see you!
anies: nice to meet you (sambil senyum). assalamualaikum!
student: waalaikumussalam (jawab ramai2)
sebenarnya tak ramai orang Mesir yang
anies temui fasih berbahasa Inggeris
(meskipun Mesir merupakan negara
bekas tanah jajahan Inggeris) kalau
ada pun, campur2. sekejap Inggeris,
sekejap Arabic. pendek kata, macam
ayam dan itik. kalau dia tanya / cakap
sepenuhnya dalam Arabic, anies senyum
je. paling tidak, panggil kak ngah tolong
jawabkan. ;-)
well.. .dah melalut da ni... layan je la
yek apa yang ada ni...
'jambatanmerah' ni terletak di kawasan yang diberi nama Montaza. terletak di persisiran laut Mediterranean dan menghubungkan daratan dengan sebuah pulau kecil (anies tak pasti sama ada pulau ni pulau buatan atau semulajadi)
ni kira macam pintu masuk laa... don't worry, masuk ke sini tak kena bayar pun kecuali masuk tandas atau nak guna peralatan / aktiviti yang disediakan seperti sailing, scuba diving atau sewa boat.
bila tengok pic ni, terus teringat jambatan kat Putrajaya tu... alaa... yang menghadap PICC tu... apa namanya ek?
saujana mata memandang... khabarnya, kalau tiba musim panas, ramai je 'menebeng' kat jambatan ni...
niat di hati nak jalan2 kat pulau kecil ni sampai ke jambatan seberang sana (anak panah) tapi sebab nak kejar masa, so tengok dari jauh je... nampak macam jauh sebenarnya dekat je...
rindunyaaaaa nak tengok laut kat sini... sangat jernih kan?
pemandangan daratan dari pulau kecil... tiada apa2 yang istimewa tentang pulau ni...sekadar untuk bersiar2 or berkelah or just cuci2 mata tu, okey laa...
sebarang pertanyaan tentang Mesir akan anies jawab kelak... so, jangan laa kecik ati ek kalau anies tak respon ;-)