Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Wadi Al-Rayyan + syallalaat @ Al-Fayyoum : miracle of the desert?

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Suppose entry ni di share lepas
entry Istana Qarun. tapi biasalah...
anies ni kan suka melanggar pantang
larang... ;-)

okey, back to the title! tapi sebelum tu,
wadi = oasis. syallalaat = air terjun.

well, apa yang menariknya tentang
oasis dan air terjun ni, anies?

kalau tengok dari segi 'rupa paras'nya,
oasis dan air terjun ni biasa2 je. tapi
disebabkan ianya terletak di tengah2
padang pasir... anies ulang: DI TENGAH2 
PADANG PASIR... soooo? of coz la ianya
sesuatu yang tak terjangkau dek akal
manusia!

kalau oasis tu, memang biasa tengok
la kan? wujud kat tengah2 padang
pasir... tapi yang ni? air terjun?

ya betul! air terjun ni memang betul2
wujud kat padang pasir. bukan 1,
bukan 2 tapi 3 buah air terjun! uhhhh...
ini memang betul, bukan cobaan...

masih tak percaya? tengok je laa
gambar2 ni yek!

papan (batu) tanda menuju ke Wadi Al-Rayyan dan syallalaat... 

kedudukan Wadi Al-Rayyan... jaraknya dari Tasik Qarun adalah kira2 20KM.

tiket masuk. EGD3 (RM1.50) sahaja... murah kan?

ni la dia... Wadi Al-Rayyan. sekali tengok, macam laut kan? sebelum sampai kat sini, anies ingat oasis ni cuma sekangkang kerbau je... ada hidupan air tak, anies? ada kot... memula, nak juga merayau sampai kat gigi oasis ni. tapi disebabkan angin yang sangat SEJUK, [SEJUK OKEY!] walaupun matahari memancar terik!!so, anies tengok dari jauh je laa...

dan inilah dia... air terjunnya... ada tiga buah semuanya... ketinggian dan lebar setiap satu air terjun ni berbeza.

air terjun ni akan mengalir terus ke dalam oasis... nampak kan laluan air tu?

bahagian atas air terjun. nampak macam keruh kan? sebenarnya jernih. yang hitam tu, batu-batuan. macam mana rasa airnya anies? panas ke sejuk? S.E.J.U.K! sejuk giler!! walaupun terletak kat tengah2 padang pasir! Subhanallah!

close up sikit... masa ni barulah terfikir... kat padang pasir ni tiada apa yang mustahil... walaupun kering kontang, tapi kalau Allah nak wujudkan sesuatu yang luar biasa... ianya semudah "kun fayakun..."

papan tanda larangan. nak aniestranslate kan? dilarang terjun dari bahagian atas air terjun kerana terdapat batuan tajam di di dalam air...

Wadi Al-Rayyan (yang satu lagi). kat sini tak ada air terjun tapi orang ramai selalu lepak2 kat tepi oasis ni... luas kan??

terdapat sebuah restoran kat sini. waktu siang, keadaan kat sini macam padang jarak padang tekukur. tapi bila waktu malam... mak aiii... macam pesta! eh, macam mana anies tahu? hehehe... kak ngah kan ada... dia laa yang beritahu...

selain restoran (anak panah ungu), kat sini juga ada sebuah masjid. masa kami solat kat sini, rasa sedih sangat... sebabnya masjid ni macam tak dijaga je... berdebu dan kemudahan yang ada pun sangat2 terhad.

memahat memori sebelum pulang... kalau yu ols mai Mesir, THIS IS A HIGHLY RECOMMENDED PLACE TO VISIT! walaupun jauh (lokasinya dari Kaherah) dan berdebu, tapi yang paling penting sekali... persinggahan ke sini, sedikit sebanyak membuatkan kita berfikir dan insaf, tiada yang mustahil dalam setiap aturan dan urusan-Nya... Subhanallah!


to be continued...

alahai blog... kenapa laa time macam ni ko sibuk nak berWV... letih laa nak taip WV bagai...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles