Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Kubu Salahuddin Al-Ayyubi @ Kaherah : apabila teknologi mendahului masa

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Rasanya, kalau datang ke Mesir
ikut agensi pelancongan... pasti
yu ols akan dibawa ke sini selain
Piramid, Sungai Nil dan sebagainya.

istimewanya kubu Salahuddin ini
bukan kerana ianya dibina di atas 
bukit, tetapi kerana 'teknologi' yang
terdapat padanya yang dikhabarkan
telah melangkah lebih ke hadapan
tatkala ianya dibina.

so, siapa kata Islam tak hebat?

agak terkejut juga masa mula2 nampak binaan kubu ni. dalam hati terdetik, macam mana pulak masjid ala2 senibina Turki boleh berada kat situ? bloggerPangkin Nenek dan ummiross boleh tolong jawab tak? ;-)

pic di snap dari dalam tranco... sekali tengok kubu ni macam berada di sebelah jalan kan? sebenarnya ia berada di atas bukit...

kami 'mengelilingi'bahagian luar kubu ni terlebih dahulu (dengan tranco). dalam hati dah tak sabar nak tengok lebih dekat lagi...

bila dah sampai, ingatkan masuk ke sini FOC. rupanya kena bayar. EGD60 (RM30)... mmm mahal juga... tak pe laa... mungkin sekali seumur hidup dapat datang ke sini...

kubu ni juga dianggap sebagai salah satu muzium ketenteraan.

sedikit penerangan / map tentang kubu ni. nampak tak ayat pertama kat papan kenyataan ni? IT IS THE LARGEST CITADEL IN THE ISLAMIC WORLD... terkedu sekejap!

close up sikit bahagian dinding kubu ni. kalau ikut perkiraan anies, ketinggian dinding kubu ni adalah bersamaan bangunan 4 tingkat. ada sesiapa nak try panjat? ;-)

dari atas kubu, yu ols boleh saksikan panorama bandar Kaherah. oh, ya... masa ni baru pukul 2 petang dan bacaan suhu adalah 18 darjah celsius!! sejuk tau cik Tipah oiii....

dalam kawasan kubu ni, terdapat 2 buah masjid, muzium dan macam2 lagi. tak larat rasanya nak tawaf semua tempat dalam 1 masa. so, anies just melawat kawasan2 yang bersejarah je... macam 2 masjid yang kat belakang tu... 

tentang 2 buah masjid tu, anies 
akan share on my next entry, okey!

p/s happy birthday to Una! yeaaaayy... 
you're 1 year old today, sweetie... 
how time flies...

ada meeting lepas ni... arrghh malasnya nak attend...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles