✿...السلام عليكم✿
Sabtu lepas, satu kenduri kesyukuran
kecil2an diadakan untuk meraikan Afiq
yang baru dapat kerja (first job)
Alhamdulillah... tahniah afiq!
dari ceritanya, ramai yang mohon jawatan
tu. 1st interview, dia sendiri pun tak berapa
nak yakin akan dipanggil untuk interview
kali kedua. tapi, dah nama rezeki... nama
dia tersenarai untuk interview kali kedua.
masa interview kali kedua ni, afiq merupakan
calon kedua. bila dia dengar calon pertama
'disoal jawab' dalam bahasa Jepun, dia dah
mula mengelabah. "mak aii... cam mana ni?
boleh lepas ke tak?"bila tiba turn dia, dia
terus cakap dalam BI. soal punya soal, akhirnya
selesai juga.
tak lama lepas tu, dia dapat panggilan untuk
job tu... Alhamdulillah... kami tumpang gembira.
masakan tidak, nampaknya angan2 mem besar
nak ke Jepun semakin cerah... hahaha... bila lagi
kan nak tumpang sekaki... kak ngah dah balik
dari Mesir. so, pasni boleh tumpang sekaki
dengan afiq pulak...
aminnnn (cepat... tolong amin kan! ^_^)
dah mengarut da ni...
tengok je la ya gambar2 yang ada ni....
khemah untuk tetamu... nak makan dalam rumah, ruang tersangat laa limited edition...
jemputan terdiri daripada jemaah surau berhampiran. majlis berlangsung selepas solat Maghrib.
makan time!! budak pakai spek tu, busy bebenor ;-)
guna khidmat katering milik kawan 1 sekolah dengan afiq... bagus betul budak nama hasan tu... business minded!
bila snap dengan tab macam ni laa...parkinson sokmo...
bagus sungguh budak2 ni... dah tahu lapar, tak payah tunggu mak ayah tolong ambilkan. sendiri boleh buat.
menu of the day: nasi beriyani ayam masak kari, gulai kambing, dalca, acar timun dan papadom. mem besar dapat tulang ayam je... sian...
penghujung majlis...
agak letih sikit dalam minggu ni. insya-Allah akan BW satu persatu...