✿...السلام عليكم✿
Apabila menyebut tentang Mesir,
mungkin ramai antara kita akan
teringat tentang Tamadun Nil,
Piramid, Sungai Nil, Firaun,
Nabi Musa AS, Nabi Yusuf AS,
Ikhwanul Muslimin dan Terusan Suez?
betul tak? sebabnya, perkara2 ni
banyak disebut dalam buku teks
Sejarah. dan anies juga tak terkecuali.
tapi, sebaik sahaja sampai kat sini
(Montazah), barulah anies tahu
sebenarnya 'cerita tentang Mesir' ni
lebih daripada perkara2 yang disebut
di atas.
menyelongkar sejarah Mesir, beberapa
puluh tahun yang lalu, negara ini pernah
diperintah oleh seorang raja! it means,
Mesir merupakan negara yang mengamalkan
sistem beraja (tak pasti sama ada sistem raja
berperlembagaan atau sistem monarki)
sama seperti negara Iran.
pun begitu, pemerintahan beraja ni
tak kekal lama. Raja Farouk I, yakni
raja terakhir telah digulingkan dalam
satu revolusi rakyat. since that day,
Mesir diperintah oleh seorang presiden
sehingga ke hari ini.
serba sedikit sejarah tentang pemerintahan
negara Mesir (KLIK DI SINI) dan tentang
Raja Farouk I (KLIK DI SINI).
dan hari ini, Montazah yang anies lawati
ni hanya 'tinggal kenangan' sahaja.
FYI, Montazah ni merupakan salah
satu 'istana hinggap' Raja Farouk I.
baginda akan datang ke sini terutamanya
pada musim panas untuk menikmati
keindahan Laut Mediterranean.
tapi pada masa sekarang, 'istana hinggap'
ni tak digunakan lagi dan hanya menjadi
tatapan pelancong sahaja.
beberapa keping gambar di sekitar Montazah...
bahagian hadapan istana - tertanya2 juga, apa sebenarnya yang ada di dalam istana ni... orang ke? alien ke? or...
bahagian belakang istana - mengadap Laut Mediterranean. boleh agak tak, ada berapa bilik di dalam istana ni?
istana - dari bahagian sisi. kalau yu ols banyak duit, yu ols nak beli tak istana hinggap ni? ;-)
sayangnya, istana ni tak boleh 'dijelajah' isi dalamannya. so, tengok dari luar je laa...
tiket masuk. EGD8 = RM4 untuk satu kepala. murah ke, mahal?
kami naik bas comel ni... bas ni kecik sikit daripada bas mini. boleh muat 14 orang sahaja (tak termasuk pemandu)
taman / halaman (hadapan istana). sebelah kiri gambar - time cuti / weekend, orang ramai ambil kesempatan ber'picnic' kat kawasan ni selain buat outdoor photography, shooting filem dan sebagainya...
taman di bahagian belakang istana. bangunan putih tu sebenarnya resort...
anies tak dapat nak mengagak keluasan istana ni. tapi kalau nak berjalan2 dan merayau2 kawasan istana ni, boleh tercabut juga kepala lutut ni... luas sesangat!
p/s sebarang kesilapan fakta, mohon diperbetulkan.
petang ni ada pertandingan dart. mem besar training via You Tube je... kellas tak Jah? ;-)