✿...السلام عليكم✿
Pada asalnya, kami tak plan pun nak naik
Nile Cruise ni. tapi memandangkan lepas
ni kami tak ber 'tour de Kaherah' lagi, jadi...
terus kami setuju untuk plan ni.
alang2 dah sampai Mesir, memang tak
lengkap laa kalau tak tengok dengan mata
kepala sendiri sungai terpanjang di dunia ni.
waktu siang, sungai Nil ni kelihatan sama
macam sungai2 biasa. tapi kalau yu ols
berpeluang melawat Aswan (negeri di
selatan Mesir), jangan lepaskan peluang
untuk menyaksiakan keindahan sungai Nil
kerana kat situlah letaknya pertemuan Nil
Putih dan Nil Biru.
fakta tentang Sungai Nil (klik kat SINI)
okey laa.. tak nak menceceh panjang.
layankan je laa beberapa keping gambar
yang ada ni yek....
Nile Cruise. kalau pernah naik Sungai Melaka Cruise, hah... macam tu laa keadaannya... tapi, cruise yang ni lebih panjang dari yang ada kat Sungai Melaka tu...
harga untuk 1 cruise : sejam = EGD150 (RM75), setengah jam = EGD100 (RM50). kalau 2-3 orang, lain bayarannya.
sebelum bertolak, kononnya nak duduk kat situ. tapi tak tahan dengan bau asap dan bunyi generator... then terus pindah tempat duduk ke...
... sini! oh, ya! jaket keselamatan tak disediakan ya! so, tawakkal tu 'alallah... ;-)
kalau punya masa yang panjang kat Kaherah, memang teringin nak naik Cairo Tower tu (anak panah merah). bayarannya cuma EGD20 (RM10) je... yang warna biru tu, restoran terapung. sepanjang sungai Nil ni, banyak restoran terapung beroperasi. kalau nak try, sediakan fulus je...
blur laa pulak...
bila dah menyusuri sungai ni, barulah anies nampak bangunan2 tinggi. so, ada laa sikit kemodenan bandar Kaherah ni...
yang panjang dan berlampu ni sebenarnya restoran terapung. plus boleh bergerak ya... jangan tanya berapa harga menu kat sini... of coz laa... mahal....
sebelum balik, singgah restoran Arab. nak try juga macam mana rasanya nasi mandy 'pure'punyer... perrghhh.... memang terbaiklah! walaupun hanya berlaukkan ayam goreng dan tomato puree (yang merah tu). portion nyer pun tak laa besar sangat dan selamat kami baham dan kekenyangan macam ular sawa... almaklum laa... masing2 kebuluq... ;-) harga? mmm... kalau tak silap EGD21 (RM10.50) sepinggan.
to be continued...