Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Macam2

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Pejam celik pejam celik, dah 9 hari
kita berpuasa. so far ada yang terponteng
ke? atau sengaja ponteng? atau buat2
ponteng? (ayat apakah ini?)

apa2 pun... apa khabar semua? harap2
mereka2 yang matanya sekarang sedang
tertumpu kat blog ni, sihat dan bahagia
tatkala menjalani ibadah wajib ini.
Alhamdulillah...

2,4,5 menjak ni, honestly... mood mem
besar sangat2 ke laut... kalau boleh diukur,
mungkin dah sampai ke laut Artik agaknya...
tapi, disebabkan hal semalam, tiba2 mood
yang baru nak merentas Lautan Hindi 
tiba2 bedezup ke langit bak mercun roket!
(apakah??) errr... nanti2 laa mem besar
dok gebang pasal hal semalam yang havoc
tu yek!

cerita puasa? so far... mmm...
Alhamdulillah, tahun ni...
permulaan puasa sampai puasa
ke 4... buat pertama kalinya anies
dapat bersahur dan berbuka kat
kampung. bukan senang nak dapat
peluang macam ni lebih2 lagi duduk
kat perantauan ni... (cit, bunyi macam 
duduk kat oversea... padahal...)
har har har...

dah lah tu membebelnya! moh laa
layan cerita yang tak seberapa ni!

hambikkk ko! pulun durian sampai pengsan! sebenarnya pak ngah yang kasi durian ni. tahun ni nampaknya dusun durian dia menjadi... (apa rahsianya? jeng jeng...)

bila dah terlalu banyak durian, maka wajiblah buat inti kelapa + durian. dan salah satunya mangsanya adalah kuih ketayap! korang jangan dok gelak. mem besar kalau buat kuih memang tak reti nak comel2 ni. gedabak sokmo ;-)

kalau tahun ni banyak hasilnya, so kita tak payah buat kuih raya. hidangkan pulasan je dah cukup. bernas tak idea ni?

mak cik dan pak cik aniesselamat berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. tak dapat nak hantar mereka ke airport. sekadar jumpa mereka kat rumah je sebelum bertolak ke KLIA.

ni pulak... cerita sebelum puasa. kami sempat ke PWTC untuk menyaksikan majlis tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Alhamdulillah... tengok ramai je yang hadir... lebih2 lagi golongan muda.

ni juga cerita sebelum puasa. opis buat makan2 kat restoran Munif Hijaz. lokasi resto ni kat Greenwood, Gombak. tak susah nak cari. dari tepi jalan dah boleh nampak signboard resto ni. makanan pun not bad. yang paling mabeles adalah kambing golek... torbaek bak hang!

menjoinkan diri dalam SBB tahun ni... pergi dengan blogger Salbiah M and sampai sana dalam pukul 11. means kami tak join sesi pagi. sempat jumpa dengan blogger Khir Khalid dan isteri serta blogger kakitravel Khairuddin Lim

last but not least... 
projek buku teks dah masuk fasa terakhir. Alhamdulillah... kami dah lepas 'peringkat' BBT dan jawatankuasa pembaca luar. sekarang ni tengah buat final touch. dan insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, bulan depan dah boleh output and print... yahooooo!!!! pastu mem besar dah boleh hanimunnnn...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BERITA BAIK untuk penggemar FRUIT TART, CHEESE TART DAN EGG TART! kini, anda tak perlu lagi membeli atau menempah kuih kegemaran ini kerana anda boleh MEMBUATNYA SENDIRI! ya betul! anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan yang paling best... anda boleh menjana pendapatan dengannya! masih tak percaya?? kalau tak percaya, klik je LINK NI!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles