✿...السلام عليكم✿
Hari Raya pada tahun ini jatuh pada pertengahan bulan. Ia bukanlah sesuatu yang baru tapi bilamana kakitangan kerajaan diberitahu bahawa mereka bakal mendapat gaji lebih awal, ianya bukanlah sesuatu ‘yang indah’jika diteliti sedalamnya. Mengapa? Ini kerana, mereka harus menunggu sehingga 25 Ogos (+- 47 hari) untuk menerima gaji yang seterusnya. Sudah pasti ‘perjalanan’untuk menuju ke tarikh 25 Ogos itu amatlah perit lagi mencabar.
Itu baru kakitangan kerajaan. Bagaimana pula dengan kakitangan swasta? Adakah nasib mereka sama atau berlainan?
Apa2 pun nasib yang bakal dihadapi, berikut ada beberapa tip yang baik (dan bagus) untuk dikongsi bagi menghadapi cabaran ‘pre’dan'post’ Hari Raya.
1. bila ada duit, BERJIMATLAH. Kalau taka da duit, lagi kena berjimat.
2. Jangan MAIN dengan HUTANG apatah lagi dengan kad kredit hanya semata2 mahu membeli kuih raya.
3. Hidup bukan hanya untuk hari raya sahaja. Hari raya tetap hari raya meskipun tiada barang baru.
4. Buang-buangkanlah sifat SUKA MENUNJUK (RIYA’)tu… sofa baru, langsir baru, perabot baru, bini baru…lepas raya semuanya akan jadi ‘barang lama’.
5. Bulan Ramadan dan Syawal adalah bulan untuk MENGGANDAKAN AMALAN DAN PAHALA. Bukan bulan untuk menggandakan perbelanjaan.
6. Berkunjung ke bazar Ramadan bila RASA PERLUsahaja. Bimbang, bila beli banyak2, barang2 (makanan) tersebut end up di tong sampah. tak pasal2 dah jadi BFF syaitan.
7. Kita TIADA DUIT bukan kerana kita TIADA DUITtapi ramai yang TIADA DUIT disebabkan TIADA DISIPLIN dalam simpanan dan perbelanjaan. Cuba fikir… jika apa yang kita buat sekarang tidak mendatangkan hasil, mungkin sudah masanya untuk kita buat perkara lain?
8. Tiada langsir baru pun boleh raya juga. Tiada sport rim baru pun, boleh sampai ke kampung juga kan?
9. Pakai baju raya tahun lepas tetap boleh dapat pahala solat raya kan?
10. Ini merupakan saat untuk kita BERJIMAT CERMAT walaupun kita fikir kita ada banyak atau sikit duit. Jika mahu berbelanja, alangkah bagusnya jika anda belanja untuk mereka yang susah. Beri mereka makan kerana pahala orang yang memberi makan kepada golongan berpuasa tinggi ganjaran daripada-Nya.
Jadi, cuba fikirkan begini… adakah apa yang aku beli ini merupakan aset atau sebaliknya?
Mak saya ada berpesan, duit bukan ‘lesen’untuk kita membazir sebaliknya duit membuatkan kita sentiasa berfikir bagaimana hendak membantu orang yang lebih susah daripada kita.
Semoga perkongsian ini menjadi peringatan buat anda dan diri saya. Insya Allah…
Sumber: yang diubah suai daripada emel Dr. Hj. Azizan Osman.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR MUFFIN! kini anda boleh mendapatkan muffin yang gebu, sedap dan enak! macam mana? klik je kat >>>>>>>>>>> SINI.