✿...السلام عليكم✿
Puasa mengandungi faedah terbesar yang belum dapat ditandingi dunia perubatan moden. Rahsianya ialah pada zat Ketone yang terhasil apabila kita berpuasa.
Pada hari biasa, tubuh manusia menghasilkan tenaga melalui gula (glukosa) yang didapati daripada makanan yang dimakan. Namun apabila tidak mendapat makanan, tubuh akan menukar sumber tenaganya daripada lemak yang tersimpan di dalam tubuh. Lemak ini diproses menjadi zat Ketone yang akan dibakar menjadi tenaga.
Zat Ketone lebih baik berbanding glukosa kerana tidak meninggalkan 'sisa' di dalam tubuh. Sisa zat Ketone dilepaskan secara semulajadi melalui nafas orang yang berpuasa.Subhan-Allah, inilah hikmahnya apabila Allah SWT mengatakan bau nafas orang berpuasa itu lebih baik daripada kasturi.
Apabila otak menggunakan zat Ketone sebagai sumber tenaga, saraf menjadi lebih 'bersih' dan sihat. Ini dibuktikan apabila dunia perubatan sendiri menjadikan Diet Ketone sebagai penawar penyakit sawan. Diet Ketone dilakukan apabila pesakit disuruh berpuasa dan diberi makanan berlemak. Makanan berlemak ini akan ditukar kepada zat Ketone untuk menstabilkan kesihatan otak pesakit.
Namun begitu, sesetengah bahagian otak tetap memerlukan glukosa sebagai sumber tenaganya. Di sinilah kita melihat hikmah ajaran Rasulullah SAW supaya berbuka puasa dengan buah kurma yang manis. Bahkan, gula di dalam kurma itu tidak perlu diproses dan terus diserap ke dalam tubuh.
Apabila lemak tubuh ditukar kepada zat Ketone, tubuh manusia menjadi lebih ramping dan sihat secara semula jadi tanpa memerlukan produk sampingan. Sebuah syarikat farmaseutikal pernah menghasilkan pil zat Ketone daripada buah-buahan sebagai suplemen untuk menurunkan berat badan. Mereka telah mengujinya ke atas haiwan makmal, namun langsung tidak terbukti bahawa produk itu berkesan kepada manusia.
Wallahu 'alam.
diubahsuai daripada buku: Rabbaniyyin Bukan Ramadaniyyin, karya Yusuf Al-Qaradhawiy. ISBN: 978-967-403-1114
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
siapa suka maruku, angkat tangan? tapi... sampai bila asyik nak beli je kan? acu try buat sendiri. mmmm boleh ke? eh, mestilah boleh! nak tahu cara membuat maruku yang sedap? klik je kat >>>>>> SINI.