Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Bukan nak menyatakan yang kita ni lebih baik...

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Bukan!
No!
Nehi!
La'!
Ahn-dwe!

kita bukan dan tidak sekali-kali lebih baik daripada orang lain yang membaca penulisan kita, yang MENGIKUTI BLOG KITA, yang membeli buku kita, yang berkongsi ataupun suka status FB kita.

Bukannn...

bukan populariti!
bukan wang ringgit!
dan...
bukan juga pujian yang kita cari apabila kita menceburkan diri dalam 'dakwah' melalui penulisan ini.

Niat dan matlamat perlu JELAS!

Lillahi taala.
niat kerana DIA!
niat kerana Allah!

dan matlamatnya adalah untuk mengajak seberapa ramai makhluk yang bernama manusia ini...
yang boleh bersama-sama kita kembali kepada-Nya... kembali kepada kebenaran!

Almarhum Syeikh Mustapha Masyur ada mengatakan:

"Perbaikilah diri kamu sambil mengajar orang lain."

ya, anies dalam proses memperbaiki diri.
ya, anda juga... yang sedang baca blog ini... sedang dalam proses memperbaiki diri.

tapi, dalam pada itu, jangan lupa mengajak orang lain untuk sama-sama memperbaiki diri.

daripada kita melakukan perkara yang sia-sia, menulis perkara2 yang tiada manfaat...

mengapa tidak kita menulis sesuatu yang boleh MENYUMBANG kepada agama kita, yakni Islam? melalui wasilah yang kita ada dan berminat ke atasnya?

ayuh!


diubahsuai daripada buku CERITA DARI HARI - HIDUP PENUH ERTI, karya Hilal Asyraf & Aiman Azlan, terbitan PTS Millenia Sdn Bhd. ISBN 978-967-411-223-3

(open order. COD KL/ Selangor. PM nombor di atas 24/7)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1679

Trending Articles