Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Festival Sastera Kanak-kanak 2015

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Khamis minggu lepas, bertempat di Dataran Underground, Dataran Merdeka, telah berlangsungnya satu festival khusus untuk mengenengahkan masterpiece bermutu terutamanya karya2 bergenre kanak-kanak.

selain mengangkat martabat pengkarya dalam genre ini, festival ini turut memberi pengiktirafan kepada pengiat-pengiat seni ini. walaupun skopnya tidaklah segah seperti karya2 genre dewasa, namun dengan adanya festival sebegini dapat membantu industri buku kanak-kanak negara agar mampu berdiri setaraf dengan negara2 luar yang telah sekian lama memperjuangkan karya kanak-kanak hasil gerapan penggiat seni tempatan.

banyak program yang diatur sepanjang 4 hari, dari Khamis hingga Ahad (29/10/2015 - 1/11/2015). selain pelbagai seminar dianjurkan, gerai2 jualan, aktiviti sains, persembahan pentas... adalah antara sebahagian program yang diatur sepanjang festival berlangsung.

kita bercerita dengan gambar ek!

pintu masuk ke festival. berhadapan dengan Perpustakaan Kuala Lumpur. tapi booth yang ada kat situ cuma sehari je. lepas tu, mereka dah pindah ke dataran underground.

tak tahu kat mana Dataran Underground? dataran ni terletak kat tingkat bawah (bawah tanah) Dataran Merdeka.

majlis perasmian dan merangkap penyampaian hadiah kepada penggiat2 sastera kanak-kanak. majlis dirasmikan oleh Sasterawan Negara ke-13 iaitu Datuk Zurinah Hassan.

antara program yang dilangsungkan sepanjang 4 hari festival.

Pak Yusuf Gajah... antara individu yang turut menjayakan FKS kali ni. dan juga merupakan 'orang kuat'untuk FSK!

lepas majlis perasmian, kami dijamu dengan menu seperti di atas... Alhamdulillah kenyang... jimat fulus untuk lunch hari tu ;-)

kat area ni, pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung terutama kanak2... hah, datang ke sini bukan sekadar nak cuci mata je tau! tapi juga boleh cuci otak yang dah berkarat tu hahaha

pengunjung yang datang boleh participate dalam aktitivi yang dianjurkan seperti di atas. FOC ya datuk datin...

kat sini juga boleh try nak buat labu sayong sendiri. tapi yang ni kena charge laa... RM15 kalau tak silap!

tengok tu! antara permainan tradisonal yang tak lapuk dek hujan! korang pernah main tak permainan2 kat atas ni??

booth2 jualan. bukan setakat buku kanak2 je... buku2 untuk bacaan dewasa pun ada! siap ada diskaun lagi!

tak cukup kat dalam dewan, kat luar dataran pun disediakan kedai buku bergerak. ralit jugak anies tengok kedai buku bergerak ni! rasa nak beli sebijik!

hah tengok! cheq dah sampai Pulau Nami tau! sila jangan jeles! FYI, Nami Island Children Book Fair merupakan satu daripada  festival buku kanak2 terkemuka di dunia di sampaing Bologna Children Book Fair dan Frankfurt Children Book Fair. kehadiran 'skuad Pulau Nami' ke FKS kali ini adalah untuk memberi sokongan kepada FKS selain mempromosikan pusat pelancongan yang terkenal di Korea ini. dua hari berturut2 anies melepak kat sini sebab dah jumpa dengan seorang kawan Korea yang memang kamcing! 

eceh eceh! fefeeling cam dalam Winter Sonata laa pulak! kalau ada yang tak tahu, sebahagian daripada scene Winter Sonata berlangsung kat Pulau Nami tau! bila tengok pic ni rasa nak terbang ke Korea sekarang juga! Se-Hwa ssi... gidarilgae!! ;-)

cenderahati FKS dan daripada Naminara as well...

banyak lagi gambar yang nak share... tapi malas nak upload... karang ada pulak yang muntah ;-) kalau dianjurkan lagi pada tahun hadapan, korang mesti pergi tau! memang best! kalau tak best, masakan sampai dua hari berturut2 anies melepak kat sana?? ;-)

daaaaa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1683

Trending Articles