Quantcast
Channel: Anies♥You
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Pesona Terengganu 2015

$
0
0
✿...السلام عليكم✿

Lepas selesai hal kat Festival Sastera Kanak-kanak 2015, kami singgah sekejap kat Pesona Terengganu 2015 (PT 2015) ni. memandangkan ianya cuma berada kat 'tingkat atas' je, jadinya tak perlu laa nak menapak jauh2 semata2 nak tengok apa yang best nyer Pesona Terengganu tahun ni.

sebenarnya PT 2015 ni terbahagi kepada dua bahagian. satu bahagian berlangsung kat Dataran Merdeka (29 - 31/10/2015) dan satu lagi diadakan di Dataran DBKL (29/10 - 2/11/2015). kami cuma pergi kat Dataran Merdeka je sebab tak larat daa nak berjalan sampai ke Dataran DBKL tu.

mmm... apa kata kita bercerita dengan gambar yang tak seberapa ni ek?

pintu gerbang menuju ke tapak ekspo PT 2015. cuaca macam mendung tapi hakikatnya panas berdenting!

kat Dataran Merdeka, ada dua buah khemah besar. satu untuk Ekspo Pembangunan dan satu lagi Ekspo Pengguna. kami masuk sini sebab ada banyak makanan... hahaha

booth2 yang mengambil bahagian. selain makanan, ada pakaian seperti songket dan batik, seni ukiran kayu, barangan kecantikan dan kesihatan, agen pelancongan etc.

kuih-muih tradisonal dari Terengganu. siapa orang Terengganu kat sini, sila angkat tangan? hah... kalau terer... acu sebutkan semua nama2 kuih kat atas ni! kalau berjaya, anies belanja ais krim seketoi ;-)

sorry gegar laa pulak... nak snap gambar keropok sebenarnya...

kami menapak dari satu booth ke satu booth... orang pun tak ramai petang tu... almaklum laa... bukan weekends...

pekena keropok lekor pure punyer... kalau kat KL ni, rasa tepung je. kat sini, dapat yang betul2 rasa ikan. tak liat walaupun dah sejuk. and tak sengal rahang bila menngunyahnya ;-)

ni, khemah besar yang satu lagi yang menempatkan Ekspo Pembangunan. tak ada apa yang menarik sebab lebih kepada pameran hartanah. si we ols kureng sikit bab2 gini ;-)

banyak benda tengah set up. al maklum laa... masa kami datang ni, baru hari pertama.

last but not least... sebelum balik.... dah lama nak ambil gambar macam ni. suka sangat sebab macam poskad. hati banyak senyum bila tengok awan yang membiru. ye laa kan... berbulan2 duduk dalam jerebu. Alhamdulillah... nikmat Tuhan mana yang nak kau dustakan?
more info: pesonaterengganu
daaaaaa


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1682

Trending Articles