✿...السلام عليكم✿
Semalam, anies share pasal resepi pulut serunding. Hari ni nak share resepi pulut inti pulak. One of my favourite kuih…so haruslah ditempek resepinya untuk bekalan di hari tua hahaha…
Sebenarnya, kuih ni, anies buat sekali dengan pulut serunding. Memandangkan ianya pun senang (sekali jalan – share pulut), why not kita tambahkan hidangan untuk our Friday gathering.
Okey laa… malas nak membebel. Moh laa kita usha2 resepi yang mudah ni!
ini namanya food presentation yang dah masuk ke dalam bekas ;-)
Bahan2:
(inti)
kelapa parut / kelapa muda / kelapa putih
gula pasir
gula merah
gula Melaka
daun pandan
air
durian (ikut suka)
cara membuat (inti):
1. masukkan air, daun pandan dan gula merah.
2. Biarkan mendidih seketika sambil mengacau dengan api yang perlahan.
3. Masukkan gula pasir dan diikuti gula Melaka yang telah siap dihiris.
4. Apabila gula mendidih, masukkan kelapa dan diikuti durian. kacau sehingga kering.
5. Sejukkan seketika.
inti kelapa yang telah siap dimasak. sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam freezer.
-pastikan daun pisang telah dilayur terlebih dahulu.
-lap daun pisang (kedua-dua permukaan – bersih)
-potong daun pisang (berbentuk segiempat)
-letakkan pulut yang telah dikepal ke atas daun pisang.
-letakkan sedikit inti di atas pulut.
-bungkus pulut dan inti seperti membungkus nasi lemak.
Okey… itu sahaja. Selamat mencuba.